Archive for the ‘Hikmah Dan Renungan’ Category

Contoh ketaatan seorang isteri yang perlu diteladani pleh semua. Siti Muthi’ah, nama yang disebut oleh Nabi S.A.W kepada Siti Fatimah, nama yang menjadi penghuni syurga. Pernah Nabi S.A.W bertanya kepada Siti Fatimah, “Mahukah kamu menjadi seorang isteri yang baik teladannya, dan menduduki syurga?” lalu Nabi S.A.W menyuruh Siti Fatimah berjalan ke sebuah rumah yang dihuni oleh Siti Muthi’ah.

Pada awalnya Siti Muthi’ah menerima kunjungan Siti Fatimah dengan perasaan yang penuh sukacita namun tidak membenarkan Siti Fatimah masuk kedalam rumah kerana dia tidak mendapat izin suami untuk menerima tetamu. Lalu Siti Fatimah pulang dan bercadang untuk menemuinya kemudian hari.

Datangnya Siti Fatimah dengan anak lelakinya, namun Siti Muthi’ah menyatakan ucapan maafnya kepada Siti Fatimah kerana tidak mendapat izin suaminya untuk menerima tetamu lelaki, walaupun itu adalah anak Siti Fatimah sendiri. Lalu pulanglah Siti Fatimah kerumah dan bercadang untuk menemui Siti Muthi’ah keesokannya.

Hari berikutnya Siti Fatimah datang dan disambut dengan baik oleh Siti Muthi’ah dan dilayan dengan  sebaiknya sebagai seorang tetamu. Lalu dikhabarkan berita kepada Siti Muthi’ah bahawa beliau adalah ahli syurga seperti diberitakan oleh Nabi. Siti Fatimah kagum lalu bertanya apakah amalan yang dilakukan sehingga mendapat berita gembira dari Nabi S.A.W, lalu dijawab tidak ada apa yang istimewa tentang amalannya, kerana tugasnya setiap hari adalah sama iaitu melayan suaminya setiap masa.

Apabila suaminya balik, Siti Muthi’ah menyiapkan dirinya dengan pakaian yang baik, serta menyediakan minuman dan mengelap keringat suaminya yang bekerja. Siti Fatimah pernah melihat rotan yang terdapat di rumah Siti Muthiáh lalu ditanya untuk apa rotan itu. Maka Siti Muthi’ah menjawab, “Rotan itu adalah untuk suamiku menghukumku, andai layananku tidak memuaskan hatinya.” Namun tidak sesekali suaminya merotannya kerana ketaatan serta layanan yang sangat baik oleh isterinya, malah dakapan mesra sebagai penghargaan kepada Siti Muthi’ah atas segala layanan untuk suaminya. Atas sifat itulah wanita bernama Siti Muthi’ah ini dipuji oleh Nabi dan dikagumi oleh Siti Fatimah.