Nikah, Adat, Syara’, Sebuah Perkongsian

Posted: 8 February 2014 in Isu Isu Semasa

Image

Penulisan kali ini hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Semua ini hanyalah pandangan dari hamba yang kerdil, untuk perkongsian bersama. Saya mohon, yang baik itu diambil sebagai pedoman, yang silap dan salah moga diperbetulkan dan jangan dikeji, kerana saya hanyalah insan kerdil yang menulis, yang sama-sama belajar mengenali dunia ini.

Bila dibicarakan tentang perkahwinan, konsep yang dilihat adalah adat dan syara’. Namun kebanyakan masyarakat kini lebih kepada melihat adat yang utama, kemudian menyusul pula syara’. Diberi keutamaan pada adat, kemudian bila bab rukun dalam nikah, mereka baru melihat dari sudut syara’.

Apa maksudnya? Kebanyakan melihat syara’ apabila berada dalam majlis itu, iaitu cukup rukunnya, wali, saksi, suami dan isteri serta mahar. Kebanyakan itu sahaja. Kemudiaannya adalah walimah, iaitu majlis untuk menghebahkan perkahwinan itu, namun majlis itu juga lebih untuk memenuhi adat masyarakat.

Tiada salah mengamalkan adat, cumanya adakah ia selari dengan syara’. Pada asasnya hukum fiqh adalah harus sesuatu perkara, melainkan atas dalil dibuktikan sebaliknya, samaada haram, sunat, makruh dan sebagainya.

Image

Adat kita, ‘kaya’ dulu baru kahwin. Maksud kaya adalah simpan duit dahulu baru kahwin. Tapi melihat kepada keadaan sekarang dengan kebanyakan bergaji kecil, berapa lama masa untuk ‘kaya’ baru kahwin? Kaya yang ditetapkan adat kita adalah apabila cukup untuk perbelanjaan mengikut adat masyarakat, bukanlah mengikut syara’.

Saya pernah mendengar orang tua bersembang, hantaran dan belanja untuk negeri-negeri adalah sekian dan sekian, seolah-olah bagi pasangan untuk berkahwin tersekat  dengan adat. Minimum RM 8000 misalannya, berapa lama yang perlu ditunggu bagi seorang lelaki dengan gaji RM 1500 sebulan dengan sara hidup serta wang yang perlu dikirim bagi perbelanjaan keluarga di kampung, untuk mengumpul wang sebanyak itu untuk perkahwinan.

Penyelesaian bagi anak muda adalah dengan pinjaman, itu adalah realiti yang saya lihat, kerana saya juga mempunyai rakan yang menceritakan hal itu kepada saya. RM 10000 adalah pinjaman yang dibuata atas permintaan keluarga pihak perempuan, dan mengejutkan itu adalah hantaran sahaja, selebihnya perbelanjaan diuruskan pihak lelaki. Secara ringkasnya, bersyukur kerana mereka akan diikatkan dengan ikatan yang sah, tetapi beban yang terpaksa dibayar selepas itu apabila usia perkahwinan mereka bertambah, dengan hutang yang perlu dibayar. Hakikatnya, perkahwinan itu untuk memudahkan dan mudah, dan bukan untuk menyusahkan dan susah.

Bila datang seorang sahabat kepada nabi dan berkata bahawa dia telah jatuh hati pada seorang wanita, lalu nabi menyuruh dia berkahwin. Dan dalam agama yang dibawa oleh nabi sendiri, perkahwinan itu adalah mudah dan bukannya susah.

Dalam Islam, kaya bukanlah syarat untuk berkahwin. Allah menjanjikan kekayaan kepada sesiapa yang mengikuti sunnah iaitu berkahwin. Tapi kebanyakan masyarakat memandang kekayaan itu sebagai harta dan duit, maka mereka seolah-olah tertutup untuk melihat apa erti kekayaan yang Allah janjikan kepada mereka yang berkahwin.

Berapa ramai antara kita yang jiwanya kosong bila tinggal keseorangan, hanya memandang dinding dan pintu dirumah, lalu Allah berikan mereka ketenangan melihat pasangan mereka setelah berkahwin? Berapa ramai manusia yang hidupnya sempit sebelum berkahwin lalu Allah lapangkan kehidupannya setelah berkahwin dengan mereka berkongsi segala hal dalam hidup? Berapa ramai yang sunyi dalam kehidupan mereka lalu mereka gembira bersama membesarkan si kecil setelah mereka berkahwin? Semua itu bukanlah duit, tetapi itu adalah sebahagian dari kekayaan yang Allah janjikan. Maka mereka yang membaca tulisan saya ini, nilailah disini.

Tidak perlu bermewah-mewah, cukuplah atas kemampuan. Saya tidak memandang mereka yang berbelanja besar untuk perkahwinan itu salah, kerana saya beranggapan positif bahawa itu adalah kemampuan mereka. Namun bagi mereka yang tidak mampu untuk sebesar itu dalam berbelanja, sebagai orang tua yang inginkan kebahagian serta rezeki Allah kepada mereka dan anak-anak, janganlah menambah beban kepada mereka sedangkan agama tidak pernah membebankan.

4/2/14 @ 9.47 PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s