Perkara Perubatan Yang Tidak Membatalkan Puasa Ramadhan

Posted: 4 August 2012 in Adab Dan Hukum

1-Menderma darah adakah membatalkan puasa?

Tidak. Tetapi tidak digalakkan berlebihan kerana bimbang menjejaskan puasa.

2-Pengambilan darah melalui suntikan vena, adakah membatalkan puasa?

Tidak. Masalah ini sama seperti menderma darah, dan dikiaskan dengan masalah berbekam yang tidak membatalkan puasa.

3-Adakah semua suntikan tidak membatalkan puasa?

Bergantung. Suntikan yang memberikan rasa kenyang kepada pesakit membatalkan puasa pesakit. Suntikan lain diruang bukan rongga terbuka tidak membatalkan puasa.

4-Mencabut gigi ketika berpuasa, bolehkah membatalkan puasa seseorang?

Boleh membatalkan, jika darah yang keluar itu bercampur air liur lalu ditelan dengan sengaja.

5-Suntikan insulin diberikan, adakah membatalkan puasa?

Tidak, kerana suntikan iu untuk mengurangkan kadar glukosa darah, bukan memberikan kepuasan serta kekenyangan kepada pesakit.

6-Dalam satu prosedur, air disuntik ke kelopak mata pesakit lalu mengalir ke tekak. Adakah membatalkan puasa?

Tidak jika air tersebut dikeluarkan semula melalui mulut tidak ditelan. Jika ditelan batal puasa. Jika tertelan tidak menjejaskan puasa.

7-Suntikan glukosa adakah membatalkan puasa?

Ya. Membatalkan puasa.

8-Adakah pesakit menjalani bius itu batal puasa?

Batal jika dia pengsan dari siang sehingga selepas masuk waktu berbuka.

9-Pengkateteran (Memasukkan Tiub) itu adakah membatalkan puasa?

Tidak membatalkan puasa.

10-Pada bulan Ramadhan di siang hari, doktor melakukan prosedur memasukkan tiub berkamera ke dalam perut, adakah puasa terbatal?

Harus sahaja, tidak membatalkan puasa dengan syarat tidak memasukkan sebarang cecair ke dalam perut.

11-Jika seorang ingin berbekam adakah batal puasanya?

Tidak, samalah dengan permasalahan menderma darah. Dan masalah tidak batal menderma darah diqiyaskan dengan tidak batal berbekam.

12-Melakukan prosedur penyaringan dan pembersihan darah (Dialisis) adakah membatalkan puasa?

Tidak batal melakukannya.

Comments
  1. cosmos says:

    adakah kalo kite jatuh or accident pastu kite berdarah……
    batal x puase tu?

    • Irhaz Rihaz says:

      xbatal puasa kite tu.. berdarah x batalkan puasa melainkan darah haid serta nifas.. muntah berdarah kalau tidak disengajakan juga tidak membatalkan puasa.. melainkan darah yang keluar itu kita telan maka membatalkan puasa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s