Nabi Rindu Nabi Sayang Kita. Kita Bagaimana?

Posted: 31 May 2012 in Hikmah Dan Renungan

Assalamualaikum sahabat-sahabat. InsyaALLAH hari ini saya nak cerita satu kisah, yang boleh membuatkan hati kita ini menangis dan tenang, dan semoga dengan cerita ini, kita mampu membalas semula cinta dan kasih seorang Rasul yang menjadi Kekasih ALLAH.

Pernah pada suatu ketika, para sahabat melihat Nabi Muhammad S.A.W seolah-olah termenung memikirkan sesuatu, lalu para sahabat pun mendekatkan diri kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk betanya apa yang berlaku.

Lalu Saidina Abu Bakar mendekatkan diri dengan Nabi bersama-sama sahabat yang lain, lalu bertanya kepada Baginda, dan perbualan antara Saidina Abu Bakar didengar oleh sahabat semua.

“Wahai Muhammad, kenapa termenung, apa yang difikirkan?”

Lantas soalan tersebut dijawab baginda dengan nada sayu dan rendah

“Sungguh aku sangat-sangat merindui ikhwanku”

Para sahabat semuanya hairan, siapakah yang dirindui sangat-sangat oleh Nabi, sedangkan Nabi ada sahabat yang sanggup berkorban apa sahaja demi Nabi Kekasih ALLAH.

Lalu diajukan soalan oleh Saidina Abu Bakar

“Bukankah kami ini ada ya Nabi, bukankah kami ini bersamamu, bukankah kami ini ikhwan mu?”

Nabi tersenyum memandang sahabat Baginda, tetapi nabi berkata

“Tidak, kamu semua bukan ikhwanku. Ikhwanku adalah yang dekat denganku”

Sahabat-sahabat terdiam, sahabat-sahabat Nabi berasa sayu kerana yang dirindui itu bukanlah sahabat-sahabat Nabi, lalu ditanya lagi kepada Nabi

“Kami ini dekat denganmu, kami ini sayang kepadamu, bukankah kami ini ikhwanmu?”

Nabi menjawab soalan para sahabat

“Kamu adalah dekat denganku, kamu sahabatku, mana mungkin kamu ini tidak aku rindui tidak aku sayangi. Kamulah sahabatku, dan aku sayang kamu dan aku rindu kamu. Tetapi ikhwanku adalah yang aku tersangat rindui”

Sahabat masih lagi hairan dan tidak tahu siapakah “Ikhwan” yang dimaksudkan. Adakah Saidina Abu Bakar, adakah keluarga Nabi, adakah sahabat paling baik Nabi. Lalu Nabi meneruskan lagi

“Mereka itu ikhwanku, mereka itu umatku, mereka itu yang tidak pernah melihat wajahku, mereka itu yang tidak pernah mendengar suaraku, tetapi didalam jiwa mereka itu ada rasa cinta dan kasih kepada ku, mereka itulah ikhwanku, mereka itulah yang aku tersangat rindu”

Dan Nabi melihat Saidina Abu Bakar, dan berkata

“Wahai Abu Bakar, sesungguhnya ikhwanku itu merindui aku, dan didalam hati mereka juga merindui dirimu kerana kamu sahabat aku. Dan mereka itu menyayangi dan merindui semua sahabat-sahabatku”

Sahabat-sahabatku,

Andai kata lah alasan kita tidak berada pada zaman Nabi untuk mencintai dan merindui Nabi,

Adakah Nabi berada pada zaman kita sekarang?  Tetapi rindu dan cinta Nabi kepada umatnya begitu mendalam.

Andai kata kita tidak melihat Nabi tidak mendengar suara Nabi itu dijadikan alasan untuk kita tidak patut merindui dan menyayangi Nabi,

Adakah Nabi pernah melihat kita untuk menyayangi dan merindui kita?

Kita mendengar mati itu sakit yang teramat, tetapi kenapa Nabi berdoa dan meminta kepada ALLAH supaya segala kesakitan mati itu ditimpakan ke atas baginda sahaja tidak kepada umatnya iaitu kita?

Andai kata Nabi menitiskan air mata untuk kita dan mengingati kita sebagai umatnya,

Adakah ada walau setitik air mata kita jatuh kerana mengingati segala perjuangan Nabi untuk kita?

Sahabat-sahabatku,

Ingat tak lagi kisah di saat kewafatan Nabi, betapa gembiranya Nabi apabila dikhabarkan bahawa tidak akan masuk Syurga umat-umat lain melainkan umat Baginda dahulu?

Ingat kah kita nanti siapa yang menunggu kita untuk memberi syafaat terbesar di akhirat kelak?

Saya tanya kepada anda, usah ditanya sejauh mana cinta Nabi kepada kta, tetapi tanya dahulu sejauh mana kita mencintai Nabi.

Andai Nabi begitu rindu akan kita, apa kah yang ada pada kita supaya kita mengingati Nabi?

Di hati Nabi ada umatnya yang sangat dicintai, adakah didalam hati kita ini ada cinta kepada Nabi?

Ayuh kita muhasabah diri, dan sama-sama kita menanam jiwa cinta dan sayang kepada Nabi Muhammad, insyaALLAH..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s