Malaysia, Adakah Sebuah Negara Islam?

Posted: 16 May 2012 in Isu Isu Semasa

Assalamualaikum warahmatullah.. Alhamdulillah syukur diberi kurniaan rezeki kesihatan oleh ALLAH SWT.. InsyaALLAH pada kali ini saya akan huraikan sedikit tentang isu yang ingin saya sampaikan.. Lebih kurang 3 minit sahaja..

Kita semua alhamdulillah dapat hidup dalam satu negara yang membangun teknologinya, semakin hari semakin berkembang, itu yang dapat kita lihat dari segi perkembangan pembangunan fizikalnya. Namun jika ditinjau balik, adakah negara ini juga membangun dari segi pemerintahannya? Dari segi politiknya?

Jika dilihat balik sejarah kegemilangan kerajaan Islam dahulu, bermula zaman kegemilangan pemerintahan baginda Nabi Muhammad SAW, khalifah-khalifah Islam seterusnya, sememangnya negara kita ini jauh berbeza dari segi pembangunan rohani dan pemerintahan. Disini juga diajukan, adakah negara kita Malaysia ini layak dipanggil sebuah Negara Islam?

Andai kita memahami konsep sebenar sebuah negara Islam itu, maka kita akan tahu realiti sebenar Islam dinegara kita, Malaysia ini. Realiti Islam di negara kita ini hanya pada bilangan majoriti penganutnya sahaja, sedangkan hakikatnya yang lain ada lagi yang tidak dijalankan atas acuan agama itu sendiri. Justeru, hakikatnya negara Malaysia ini hanyalah sebuah NEGARA PENGANUT AGAMA ISLAM, kerana apa? Kerana Malaysia ini tidak sepenuhnya membangun atas sebuah acuan agama ALLAH SWT.

Tiang yang membangunkan sesebuah negara islam ini adalah mengikut apa yang diperintahkan oleh ALLAH sebagai undang-undang sebuah negara. Andai kata seorang pemimpin yang memimpin negara itu seorang Muslim, tetapi tidak melaksanakan undang-undang Islam, maka negara itu tetap bukan negara Islam, tetapi mungkin sesuai dengan istilah negara pemimpin agama Islam.

Apakah undang-undang yang wajib dilaksanakan? Adakah undang-undang sekarang ini salah? Tidak semuanya salah, tetapi andai berpaksi kepada 4 undang-undang teras agama ini, maka layak lah Malaysia ini diiktiraf sebagai sebuah negara Islam. Undang-undang yang 4 itu melibatkan :

1-Hukum Munakahat (Bab Kahwin Cerai serta Kekeluargaan)

2-Hukum Muamalat (Hukum berkait dengan jual beli dan berdagang cara Islam)

3-Hukum Syariah (Melibatkan hukum-hukum pelaksanaan mengikut kadar ketetapan ALLAH)

4-Hukum Jinayah (Melibatkan penghukuman keatas sesuatu kesalahan jenayah masyarakat. Qisan, Takzir, Hudud dsb)

Jadi, pembaca yang dirahmati sekalian lah sebagai penilai, adakah kesemua hukum ini dilaksanakan di negara kita ini, yang kita panggil sebuah negara Islam. Jika semua hukumini dilaksanakan, maka layak lah negara itu dinamakan sebuah negara Islam, iaitu negara yang membangun mengikut landasan Islam.

Sekian, wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s