Salahkah Wujud Perasaan Cinta Itu?

Posted: 22 June 2011 in Hikmah Dan Renungan

Cinta satu istilah yang lahir dari perasaan antara seseorang kepada seseorang yang lain. Tanpa cinta tidak akan wujud manusia dan keturunannya di atas muka bumi ini. Ada berbagai jenis cinta : Cinta Allah kepada hambanya, cinta antara ibu bapa dan anak-anaknya, cinta antara suami dan isteri dan begitu juga cinta antara pasangan kekasih.

Bercinta dengan cara yang betul

Bercinta dengan cara yang betul

Cinta antara kekasih sering dipandang serong oleh kebanyakan orang sedangkan pada hakikatnya tidak begitu. Bukan nak membela tetapi ingin memberi pandangan dari sudut yang berbeza.

Cinta satu naluri semulajadi yang diciptakan oleh Allah kepada hambanya. Apabila Allah ciptakan ia sudah tentu ada hikmah dan rahsia disebaliknya. Antara yang boleh dilihat ialah dapat memberi kelangsungan kepada kewujudan umat manusia hingga hari kiamat. Namun ada suara yang mengharamkan seratus peratus hubungan cinta antara pasangan kekasih ini.

Firman Allah S.W.T :
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين والقناطير المقنطرة من الذهب والفضة والخيل المسومة والانعام والحرث ذلك متاع الحياة الدنيا والله عنده حسن المآب

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).

Janganlah dikatakan kepada orang biasa bahkan yang berjubah serban pun ada perasaan ini. Mengapa hendak disembunyikan perasaan tersebut? ianya perlu diterjemahkan. Tetapi hendaklah dengan cara yang betul. Bukannya dengan cara yang mungkar.

Jika anda sukakan kepada seseorang, sudah tentu ada sesuatu yang menjadikan anda meminati si dia. Jadi langkah yang anda perlu lakukan adalah :

1) Merisik latar belakang dirinya.

2)Menyatakan anda suka kepadanya samaada secara sendiri atau melalui rakan.

3) saling mengambil berat antara satu sama lain(Moga tabiat ini berterusan selepas kahwin)

4) Jika sudah cukup bersedia dari segi kewangan dan seumpamanya, masuklah meminang dan cepat-cepat kahwin. Jika tak bersedia lagi, ikatlah dulu tali pertunangan kerana itu lebih mententeramkan jiwa. Tangguh lama-lama perkahwinan pun ada masalahnya juga.

5)sepanjang bertunang jangan sesekali berdating sebab ada yang ketiga sedang menghasut. bahaya tu.

Itulah langkah yang betul bukannya bawa ke hulu – ke hilir membonceng motosikal macam dah kahwin. Orang yang dah kahwin pun tak buat macam tu.

Jangan nafikan perasaan cinta kepada orang yang anda suka. Jika anda nafikan, anda telah melawan fitrah yang ada dalam diri anda. Alir sungai jangan disekat kerana bahayanya lebih buruk kerana air yang disekat itu akan melimpah ke tebing dan berisiko merobohkan benteng yang menghalangnya. Adalah lebih baik alirannya dialihkan sedikit melalui laluan baru iaitulah laluan syariat.

Akhir sekali jangan berkahwin tanpa melihat bakal pasangan terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh orang tua-tua dulu. Nabi telah menyuruh kita melihat bakal isteri kita terlebih dahulu iaitu pada tangan dan wajahnya kerana pada tangan ada tanda kesuburan dan pada wajah ada tanda kecantikan. Sebaiknya biar wakil kita melihatnya tanpa pengetahuan dirinya demi mengelakkan kekecewaan jika berlaku penolakkan dari kita.

p/s- Pandangan ini hanya sesuai untuk golongan dewasa bukannya untuk remaja yang masih bersekolah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s