Hukum Menyambut Perayaan Orang Kafir dan Menerima Hadiah Darinya

Posted: 23 December 2010 in Adab Dan Hukum

Assalamualaikum warahmatullah. Tentang persoalan di atas, apakah hukumnya jika kita menyambut ataupun mengambil bahagian dalam acara ataupun perayaan orang kafir, dan apakah hukumnya jika kita menerima hadiah daripada mereka? Dalam permasalahan ini, kesepakatan ulama’ menyatakan hukumnya haram kita meraikan perayaan tersebut, walaupun sekadar bersuka sahaja, hal ini telah diterangkan oleh Nabi S.A.W, “Janganlah kau meniru sesuatu kaum itu, barangsiapa yang meniru sesuatu kaum itu, maka dia termasuk dalam golongan itu” Bermakna disini adalah larangan keras kita meniru sesuatu kaum itu, termasuklah perayaan mereka, dan jika kita meraikan perayaan mereka, bermakna kita juga meraikan kekafiran dan meredhai kemungkaran mereka. Sedangkan ALLAH menyeru manusia melakukan yang ma’ruf dan menjauhi yang mungkar.

Tidak menjadi masalah menerima hadian dari orang yang bukan muslim, tetapi tidak boleh atas sesuatu yang tidak dibenarkan seperti diatas (cth meraikan sesuatu perayaan mereka). Misalannya seorang jiran memberi hadiah kepada kita, pada hari-hari biasa, maka dibolehkan. Tetapi jika hadiah itu diberi atas sebab memperingati Tuhan mereka, atau hadiah berupa dari penyembahan mereka, maka itu diharamkan, kerana hal yang demikian itu sama maksudnya seperti kita membenarkan kemungkaran dan kemaksiatan yang dilakukan. Juga sama juga hukumnya kita menerima hadiah berupa sesuatu yang terdapat dalam agama mereka, umpamanya salib dan patung Jesus.

Begitu juga dengan bonus yang diberikan oleh syarikat kepada pekerja. Bonus itu dibenarkan, tetapi jika bonus itu diberi sempena menyambut perayaan-perayaan seperti Hari Natal, maka pekerja dilarang menerima bonus tersebut, halnya sama seperti di atas, dimana jika kita menerimanya, bererti kita seolah-olah meredhai kemungkaran yang dilakukan.

Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada kita semua. =)

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s