Kisah Dua Biji Benih (iluvislam.com)

Posted: 30 November 2010 in Hikmah Dan Renungan

Dua biji benih pokok bunga keembung telah disemai sebelah menyebelah di sebuah taman bunga yang subur tanahnya.

Biji benih pertama berkata, “Aku mahu bercambah dan tumbuh membesar! Aku mahu akarku tertanam sedalam-dalamnya di dalam tanah sehingga melepasi kerak bumi. Aku mahu kuntuman bungaku mekar sehingga dapat kurasai kehangatan cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila melihatku.”

Biji benih kedua pula berkata, “Tidak! Aku takut untuk membesar. Jika aku tumbuh membesar, aku tak tahu apa yang akar aku akan tempuhi di dalam kegelapan tanah. Jika bungaku mekar berkembang, para siput akan menggigit aku! Anak-anak kecil akan memetik aku! Tidak! Tidak! Tidak…! Aku tidak sanggup. Lebih baik aku menunggu waktu dan masa yang lebih selamat.”

Maka, biji benih kedua itu pun menunggu waktu yang selamat untuk bercambah.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kokokan ayam dari jauh. Semakin lama semakin dekat bunyi tersebut. Ternyata ayam tersebut sedang mencari makan. Sambil mengais-ngais tanah, ternampak lah ayam tersebut akan biji benih kedua tersebut lalu dimakannya.

Kesian…

Wahai kawan-kawanku, beranilah menghadapi cabaran. Cabaran mematangkan cara kita berfikir dan bertindak.

Jangan takut menzahirkan cara hidup Islam yang bagaikan bunga mekar di taman.

Jangan takut menambah iman di dalam hati yang bagaikan tumbuhnya akar di dalam tanah… kerana jika anda takut dan kecut… anda akan hancur dimakan zaman. Buka minda… buka hati… kenali potensi diri!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s