Solat Jumaat

Posted: 29 November 2010 in Asas Fardhu Ain

Solat Jumaat adalah solat 2 rakaat yang dilakukan pada waktu zohor dihari jumaat,diiringi dengan 2 khutbah sebelumnya, mengikut syarat yang ditetapkan syara’. Rukunnya wajib atau fardhu ain keatas lelaki apabila cukup syaratnya. Islam, baligh, mukallaf, bermukim. Maka  ke atas wanita itu gugurlah hukum fardhu ain ke atasnya, dan juga gugurlah hukum fardhu ain atas sebab sakit uzur yang dibenarkan syara’ dan juga terdapat halangan ke masjid menunaikan solat jumaat seperti hujan, banjir dan sebagainya. Begitu juga dengan mereka yang bermusafir dan tidak menetap di sesuatu negeri pada masa yang ditetapkan, dimana jika kena pada tempoh masanya, maka seseorang itu tidak dikira bermusafir walaupun tidak menetap secara kekal di negeri tersebut. Dimana apabila seseorang itu singgah disuatu negeri dalam tempoh masa 4 hari atau lebih, dan meneruskan perjalanan pada hari ke-5, maka hokum keatasnya adalah fardhu ain menunaikan solat jumaat. 4 hari yang dimaksudkan adalah tidak dikira pada masa bermusafir yakni masa bertolak ke destinasi yang disinggahi, tetapi dikira pada tempoh waktu menetap di destinasi yang disinggahi. Namun bagi yang bermusafir sesudah subuh pada hari yang dikerjakan solat jumaat itu (yakni hari jumaat) maka menurut mazhab Shafie menjadi kewajipan keatasnya menunaikan solat jumaat. Jumlah makmum dalam solat jumaat menjadi khilaf antara ulama’ kerana tiada hadis yang meriwayatkan jumlah yang ditetapkan untuk menunaikan solat jumaat. Dan sesetengah ulama’ berpendapat jumlah makmum sekurang2nya 40 orang sudah cukup untuk mendirikan solat jumaat (menurut hadis riwayat imam Baihaki, dimana yang pertama dikerjakan solat jumaat di madinah dengan jumlah makmum seramai 40 orang). Menurut mazhab Abu Hanifah, Imam Hanafi cukup 4 orang sahaja, jika di kampung tersebut hanya 4 orang sahaja. Bermakna jika bilangan makmum dalam sesuatu wilayah itu kurang dari 40 orang maka bolehlah bertaklik pada mazhab yang berpegang kepada syarat bahawa boleh menunaikan solat jumaat jika makmum kurang 40 orang, dan juga jika untuk menunaikan solat jumaat di wilayah (negeri lain) memakan masa yang lama untuk sampai ke wilayah tersebut.  Dalam hal masa untuk menunaikan solat jumaat itu, maka syaratnya pada waktu zohor dengan bilangan rakaat 2, apabila telah habis kedua2 khutbah jumaat tadi. Tidak muncul khilaf  dalam permasalahan waktu untuk menunaikan solat jumaat kerana keterangan tentang waktu menunaikan solat jumaat ini telah diriwayatkan dalam hadis Rasulullah S.A.W. Maka apabila telah jelas keterangan ini, maka menjadi tidak sah solat jumaat itu apabila dilakukan pada pukul 5 petang misalannya (Asar).

Dan antara solat jumaat (sebelum ditunaikan solat jumaat) itu diawali dengan 2 khutbah. Dan khutbah itu ada rukunnya, yang menjadikan sahnya khutbah2 solat jumaat. Pertama, kalimah yang memuji ALLAH, sah dengan sekadar ALHAMDULILLAH dan sunat jika dipanjangkan dengan maksud memuji ALLAH. Kemudian adalah selawat ke atas Nabi, sekurang2nya ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD. Yang ketiga diikuti dengan ajakan makmum supaya bertakwa dan takut kepada ALLAH. YA AYYUHAL LAZI ITTAQULLAH. Kemudian diikuti dengan ayat2 Al-Quran, sekurangnya 1 ayat yang difahami semua makmum. Doa untuk sekalian mukmin. ALLAH HUMMAGFIRLIL MUSLIMINA WAL MUSLIMAT. Jika cukup kelima2 rukun ini maka sah khutbah Jumaat itu, dan sunat memberi tazkirah nasihat kepada sidang makmum di masjid, sebagai contohnya nasihat berdasarkan isu semasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s