Dia Insan Bernama Ibu

Posted: 29 November 2010 in Hikmah Dan Renungan

Alhamdulillah syukur saya kerana dapat sedikit masa dan kesempatan untuk menyambung penulisan saya ni. InsyaALLAH saya akan menulis mengenai tajuk di atas, dan kita sebagai anak-anak,  apa peranan kita, OK firstly saya mulakan dengan satu pertanyaan buat semua. Perlu ke kita berbuat baik kepada orang tua kita? Setakat mana keperluan tu? Penting ke?  Ya sahabat, memang perlu kita berbuat baik kepada ibu bapa kita, keperluanm berbuat baik? Menjadi KEWAJIPAN kepada semua orang berbuat kebaikan kepada  kedua orang tua kita. Mari kita start dengan sebuah kisah pada mana satu masa Nabi SAW pernah  ditanya oleh sahabat  siapa yang perlu mereka hormati dan berbuat baik dan patut diutamakan selepas ALLAH dan Rasul, maka Nabi menjawab keutamaan itu kepada ibu sebanyak tiga kali sebelum keutamaan kepada bapa. I hope that ini dah jelas menunjukkan betapa menghormati dan menyayangi kedua ibu bapa kita itu menjadi satu tanggungjawab kepada semua. Cuba sahabat renungi firman ALLAH ini, “..dan hendaklah kamu berbuat baik dengan kedua ibu bapa, sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya” Surah An-Nisa’:36Cuba fikirkan apa perasaan ibu dan bapa yang telah memberi  kasih sayang sepenuhnya kepada kita apabila kasih saying itu dibalas dengan kehinaan, kata-kata kesat dan perkara lain yang tak sepatutnya dilakukan oleh seorang anak yang telah dibesarkan dengan sebaiknya oleh kedua orang tua mereka. Tapi itulah reality yang berlaku pada anak-anak pada masa kini. Ibu dibuat macam kuli. Ada yang lagi teruk tu buat ibu lebih dari kuli. Apa jenis anak macam ni. Menjadi kesalahan ke untuk mereka melayan kedua ibu bapa kita macam mereka layan kita masa kita kecil dulu. Penulisan saya kali ni banyak berkisar mengenai seorang ibu, dan saya ada membaca sebuah buku yang menarik mengenai ibu;Keramat Seorang Ibu tajuknya oleh Mohammad Qayum A. Badaruddin (bukan nak promote buku ye). Apa yang saya tulis ni rujukan daripada buku ini dan moga apa yang saya sampaikan dapat manfaat bersama. Firstly, istimewanya wanita bernama ibu kerana apa? Kerana doanya. Doa seorang yang lebih kuat sifat penyayangnya jauh lagi makbul dari doa seorang lelaki. Ini satu kisah dimana Rasullullah pernah ditanya akan hal tersebut dan jawab Baginda, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia.” Next is pahala ibu yang bersalin apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan pahala baginya orang yang berjihad di jalan ALLAH. MasyaALLAH, istimewa betul ibu kita dan para wanita. Kaum wanita diluar sana usahlah persoalkan kenapa wanita je perlu merasa sakitnya bersalin bukan lelaki. Kerana ALLAH memberi ganjaran yang besar kepada wanita. Istimewanya wanita adalah tentang haknya. Saya pernah berkata bahawa seorang isteri (yang semestinya perempuan =)) wajib taat kepada suaminya(yang lelaki), tapi bagaimanapun si suami tu walaupun sudah berkahwin, 1, 2, 3 ataupun 4 tetap dan wajib taat kepada seorang wanita iaitu ibunya, rite? Yang lagi special pasal seorang ibu adalah syurga terletak dibawah tapak kakinya. Tapi jangan pulak bawak lens untuk tengok bawah tapak kaki ibu anda dan persoalkan kepada saya yang menulis ni yang tak Nampak pun syurga bawah tapak kaki ibu tercinta. Itu sebenarnya perumpaan yang menunjukkan betapa pentingnya kita sujud (taat dan menyayangi ibu) sebab redha ALLAH itu sentiasa berada bersama redha kedua-dua orang tua kita. Ibu yang memelihara anaknya sentiasa beroleh pahala bilamana seorang ibu itu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka ALLAH memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH. Betapa besar pahalaNya itu. Sedangkan kita nak memerdekakan seorang hamba pun banyak comment, and bila banyak comment tu tak ikhlas la tu. Dan ini yang menarik, barang siapa yang menggembirakan seorang perempuan, maka darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan ALLAH akan haramkan api neraka keatas tubuhnya. So menggembirakan seorang ibu itu samalah macam menggembirakan seorang perempuan kan. Marilah sama-sama kita menggembirakan hati ibu kita dan isteri-isteri ataupun isteri kita. Teman-teman dan saudaraku, banyak pengorbanan ibu terhadap kita. Saya akan berkongsi satu perkara, ibu kita ini sentiasa member alasan kepada kita. Tapi jangan marah dulu, nilailah sendiri alasan ibu kita. First, pernah tak ibu tak makan dan memberi makanan miliknya kepada kita? Apa alasan ibu kita? Katanya ibu tak lapar. Kedua pasal makan jugak, ibu bagi makanannya kepada kita. Katanya ibu tak suka makanan itu. Ketiga, ibu berjaga malam untuk menyiapkan makanan untuk berniaga esoknya demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak. Anaknya menyuruh ibunya segera tidur bimbang akan ibunya penat, tapi apa yang ibu cakap, “Tidurlah dulu anakku, ibu masih fresh, tak mengantuk lagi”. Next apabila seorang anak mengirim wang untuk ibunya dikampung, wang itu dipulangkan kembali oleh ibu berjiwa kental itu kepada anaknya dengan surat yang bertulis, “Gunalah wang ini untuk dirimu anakku, ibu sudah punya wang di sini”. Seterusnya apabila anak dah Berjaya, dah jadi manager, pegawai etc, si anak mengajak ibunya agar tiggal bersama, tapi si ibu member alasan, “Ibu tak selesa di sana anakku” sedangkan realitinya ibu itu tak mahu menyusahkan anaknya. Dengarkan ini yang terakhir (yang benar-benar menyentuh jiwa saya), apabila si ibu sedang nazak, anak-anaknya berada dalam linangan air mata, tapi ibu ni masih lagi senyum sokmo, dan memandang anak-anaknya dan berkata, “Jangan menangis anak-anakku, ibumu ni tak sakit”. Fikirkanlah dan nilai sendirilah alasan-alasan ibu kita demi kita. Tapi kita pernah ke begitu? Alasan kita hanya untuk kesenangan kita sendiri je. Ingin saya sampaikan satu perkara lagi. Seorang ibu mampu menjaga anaknya yang ramai tapi mampu ke anak-anak ini menjaga kedua-dua orang tua mereka. Ini yang patut kita Tanya diri kita, mampu ke kita buat semua tu. Hopefully buat saudara-saudaraku, jangan kita MENYESAL di kemudian hari. Jangan nanti kita menangis menyesal melihat jasad kaku kedua orang tua kita didepan mata. Nasihat dan doa ibu sentiasa bersama kita, tapi pernah tak kita berterima kasih kepada ibu dan juga bapa kita? Percayalah, semua orang berterima kasih kepada ibu bapanya, tapi melalui cara yang berbeza. Cuba renungi, ibu dan bapa kita menghantar kita ke sekolah, kita berterima kasih dengan memonteng kelas. Ibu menyediakan makanan untuk kita, kita ucapkan terima kasih dengan meninggalkan sisa menjadi makanan untuk ibu kita. Ibu punya la happy sambut anaknya Berjaya, tapi anaknya berterima kasih dengan tidak menjemput mereka untuk celebrate kejayaan mereka. Malah ada mintak duit lagi sebagai hadiah. The ibu bagi duit sebagai hadiah tapi si anak berterima kasih dengan berjoli bersama kawan-kawan. Dengari semula doa seorang ibu semasa anaknya dalam kandungan, “Ya ALLAH, panjangkanlah umr anakku ini, terangi hatinya, teguhkanlah imannya, baguskanlah amal perbuatannya, murahkan rezekinya, dekatkanlah anakku menuju kebaikan, jauhkanlah dari maksiat. Ya ALLAH kabulkan doa ini, agar anakku menjadi anak yang soleh dan solehah, yang sentiasa berbakti dan berbuat kebaikan kepadaMu dan orang tuanya”. Tapi pernah tak kita berdoa untuk kedua-dua orang tua kita? Susah ke nak menadah tangan memohon kebaikan untuk kedua orang tua kita? Sedangkan nak membesarkan seorang anak tu pun lagi susah. Tapi itu tak menjadi masalah pun pada parent kita. Sebelum menutup penulisan saya ini (dah penat menaip =)) ingin saya sampaikan satu warkah/puisi/sajak yang saya dapat dari buku ini yang berbunyi:

Anakku..

Bila ibu boleh memilih..

Apakah ibu berbadan langsing atau

Berbadan besar kerana mengandungkanmu..

Maka ibu akan memilih untuk mengandungkanmu..

Kerana ketika mengandungkanmu

Ibu merasa keajaiban dan kebesaran ALLAH..

Sembilan bulan nak..

Engkau hidup di perut ibu..

Engkau ikut kemana ibu pergi..

Engkau ikut merasa degupan jantung ibu..

Engkau menendang perut ibu

Ketika engkau merasa tidak nyaman..

Kerana ibumu kecewa dan berurai air mata….

Dan satu lagi berbunyi :

Orang kata aku lahir dari perut ibu..

Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu..

Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu..

Bila keseorangan, yang bersama aku.. Ibu..

Kata ibu, pekataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur aku cari.. Ibu..

Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibuku..

Bila nak bergesel, kucari.. Ibu..

Bila sedih, yang aku cari.. Ibu..

Bila nakal, yang memarahiku.. Ibu..

Bila merajuk.. Yang memujukku.. Ibu..

Bila takut.. Yang tenagkan aku.. Ibu..

Bila nak peluk.. Aku peluk ibu..

Bila sedih, aku telefon ibu..

Bila seronok orang yang aku bagitahu.. Ibu..

Bila bengang.. Aku luahkan pada ibu..

Bila takut.. Aku jerit.. “IBUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!”

Bila sakit.. Ibu yang paling risau..

Bila nak exam, yang paling sibuk.. Ibu..

Bila merajuk..

Bila buat hal..

Bila ada masalah..

Semuanya.. Ibu..

Yang masih peluk dan ciumku sampai kini..

Yang masak makanan favouriteku..

Yang kemaskan barang-barangku..

Yang puji aku..

Yang berleter padaku..

Yang selalu nasihatku..

Itulah.. Ibu..

Bila nak kahwin..

Orang pertama yang aku rujuk.. Ibu..

Bila seronok.. Aku cari pasanganku..

Bila sedih.. Aku cari ibu..

Bila Berjaya.. Pasanganku jadi priority..

Bila fail?.. Cerita pada ibuku..

Bila bahagia.. Hug and kiss pasanganku..

Bila berduka.. Baru hug ibuku..

Bila nak bercuti.. Aku bawa pasanganku..

Bila sibuk.. Aku hantar anakku kepada ibuku..

Bila valentine.. Red rose untuk pasanganku..

Tapi bila Hari Ibu.. Just wish Selamat Hari Ibu pada ibuku..

Aku ingan pasanganku sokmo..

Tapi yang ingat aku sokmo.. Ibuku..

Bila-bila.. Aku call pasanganku..

Entah bila.. Aku call ibu..

Sokmo kubeli hadiah buat pasanganku..

Tapi entah bila kubeli hadiah.. Buat ibuku…..

Semoga apa yang saya sampaikan ini mendapat manfaat bersama. Sebelum itu, lihat Firman ALLAH dalam surah Al-Isra’:24, “Dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana kasihan belas dan kasih sayangmu dan doakanlah untuk mereka dengan berkata:Wahai Tuhan kami, rahmatilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Ingat, apabila mati anak Adam itu, maka terputuslah segala amal perbuatan dan kebajikannya melainkan 3 perkara:Sedekah jariahnya, ilmu kebaikan yang disampaikannya dan juga anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya..

YA ALLAH, KASIHANI DAN AMPUNILAH DOSA KEDUA IBU BAPAKU, KASIHANILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENYAYANGI DAN MENGASIHIKU SEMASA AKU KECIL, TEMPATKANLAH KEDUA IBU BAPAKU DITEMPAT YANG MULIA, DISYURGA FIRDAUSMU.. AMIN..

Akhir kata, ingatlah kedua ALLAH dan ibu bapa kita selalu.. Masa nak exam, masa lepas exam. Masa susah and masa senang.. Semoga sahabat dan saudara-saudaraku menjadi insane yang soleh dan berbakti kepada kedua orang tua. Bahagia hidup dunia dan akhirat. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s