Bercouple Berlandaskan Islam? Renungkan

Posted: 29 November 2010 in Hikmah Dan Renungan

Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah ada kesempatan untuk saya berkongsi dengan rakan-rakan satu topik yang best. PERCINTAAN.  Actually ada ke percintaan dalam konteks percintaan remaja kita sekarang ni mengikut ajaran syara’? Pada hakikatnya percintaan remaja pada zaman moden kini hanyalah berlandaskan nafsu semata-mata. Mungkin ada juga ‘Actor and Actress  of The Year’ bagi mereka yang mengatakan cinta mereka pada pasangan mereka adalah cinta yang berlandaskan hukum syara’. Begitu hebat sekali penangan cinta sang kekasih ni rite? Pada awalnya mereka mengenali samaada menerusi inisiatif sendiri ataupun perantara. Kemudian baru la nak kenal hati budi masing-masing. Kemudian hati mula rindu-merindui, ajak makan bersama, tonton movie sama-sama, bonceng motor sama-sama dan segalanya sama-sama. Lama-lama bibit-bibit percintaan dah hadir, ucapan ‘I MISS YOU’, I LOVE YOU’, ‘MY BABY DARLING’ tu dah jadi kebiasaan. Biasa bagi pasangan kekasih ‘hot’ ini. Namun pada akhirnya ungkapan cinta ini yang akan membunuh mereka semua. Bila dilafazkan ‘Show me how much u love me (Tunjukkan betapa kau cinta padaku)’, masa ni lah nak tunjukkan cinta mereka ni. ‘Segala-galanya’ diserahkan, wang, maruah, tubuh badan dan kemaluan (maaf jika terkasar bahasa), tapi itulah hakikatnya. Ini ke yang dikatakan cinta berlandaskan Islam wahai pasangan-pasangan diluar sana? Memang ada yang mengatakan, apa salah kami bercinta? Kami tak zina pun. Ye sahabat, memang zina tu dijauhi. Tapi satu zina yang tak dapat lari dari pasangan-pasangan atau couple moden ni, zina hati. Mereka tak berzina pada perbuatan mereka namun mereka saling membayangkan pasangan masing-masing, rindu serindu-rindunya, sedangkan agama kita melarang kita mendekati zina. Saya ulang, MENDEKATI zina, bermaksud menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari perkara yang menyebabkan dan mendorong zina. Anda tiada hujah yang boleh membangkang dalil ini wahai couple-couple di luar. Seterusnya bila terlanjur (sebenarnya  bukan ‘ter’ kerana mereka rela atas perbuatan mereka mengikut nafsu tu), anak yang lahir yang dibuang itu dikatakan anak haram. If we all have a mind, kenapa tak dikatakan pada pasangan tu je yang haram? Apa salah bayi yang tak tahu apa-apa pun? Sejauh mana anda mengetahui hukum-hukum agama, berikan saya dalil mengatakan berpelukan,berciuman,bergondolan itu tanda kita cinta pada pasangan yang belum menjadi isteri atau suami kita. Memang kita insan dilahirkan mempunyai perasaan terhadap kaum berlawanan jenis, itu fitrah kita sebagai manusia. Namun kita wajib tahu batas-batas pergaulan kita. Bukan Islam tu mengetepikan perasaan dalam kehidupan, bahkan Islam itu agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Bukan Islam mengharamkan cinta. Tanpa cinta tu kita tak mengenali ALLAH, tanpa cinta kita tak mengenali Rasul dan agama kita sendiri. Islam menggariskan jalan yang terbaik untuk permasalahan ini. Bukannya dengan berpegangan tangan, berciuman, bergondolan, berboncengan dan yang sama waktu dengannya. Bukan bermakna kita tak boleh mengenali pasangan kita jika kita menyukai seseorang tu. Ini yang saya ingin ajukan kepada semua. Kenapa peminangan itu ada dalam Islam? Di sinilah indahnya panduan yang digariskan agama kita. Tiada sebab yang mengatakan Islam tu tak mengambil berat hati dan perasaan. Dalam tempoh meminang tu lah kita dapat mengenal hati budi pasangan masing-masing. Tapi itu bukanlah satu syarat yang membolehkan kita bergaul sebagai suami isteri dan tiada konsep separa suami isteri. Batas-batas pergaulan wajib dijaga. Bukan bermaksud kita boleh dedahkan aurat pada pasangan kita walaupun kita dah dipinang. Begitu ajaran agama kita. Baik, seterusnya apabila kita dah suka seseorang tu, apa kita nak buat? InsyaALLAH renung dan amalkan apa yang saya akan sampaikan ni. First of all, cara yang sebetulnya adalah kita berbincang dengan wali si pasangan yang sah. Kemudian Tanya pada pasangan kita adakah mereka (bukan bermaksud ramai pasangan) sanggup setia untuk jadi teman hidup nanti jika ada jodoh. Jika pasangan anda mengiakan (cantekkkk la tu =)), maka tutup dahulu perasaan anda pada pasangan anda. Buka balik cerita tu bila dua-dua dah sudi untuk bernikah. Getting married dalam English. Sepanjang tempoh sebelum nikah tu cukuplah sekadar pasangan mengetahui yang dirinya dicintai. Dan seterusnya tawakal dan serahkan pada ALLAH yang mengaturkan yang terbaik untuk hambanya. Apa yang saya sampaikan ni moga-moga dapat jadi panduan untuk kita bersama (termasuk saya untuk memperbaiki diri yang lemah ini).

Comments
  1. Hanzu says:

    sa skg sgt2 dkt atas. tp psgn couple zmn skrg, bila start ja ckp fsl couple tu haram, bantah habis – habisan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s