Buat Sahabatku, Sekadar Renungan

Posted: 28 November 2010 in Hikmah Dan Renungan

‘’Maka Dia mengilhamkan kepadanya (manusia) jalan kejahatan dan ketaqwaan.. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu).. Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.” Itulah firman ALLAH dalam surah Asy-Syams:8-10. So kita sama-sama merenung  adakah kita tergolong dalam golongan yang beruntung atau yang berada dalam kerugian. Sama-sama kita menginsafi diri, fikirkan adakah kita hamba ALLAH yang benar-benar beriman bertaqwa. Cakap pasal  beriman, ada sesetengah orang tu beriman itu hanya pada kata-kata iaitu membenarkan sahaja tanpa yakin dalam hati dan amalan. Golongan apa tu? Ada sesetengah orang tu pulak boleh bandingkan iman dengan orang lain. Actually iman tu konsepnya kepercayaan. Camne bukti kita percaya tu? Setakat percaya tu orang lain pun boleh cakap. Saya percaya Tuhan, Tuhan tu ada. Itu memang la percaya tapi adakah percaya tu datang dari hati atau lidah semata-mata. Percaya di sini adalah mengucap dengan lidah (kata-kata), membenarkan dengan hati dan juga beramal dengan perbuatan. Apa lagi ciri-ciri orang yang beriman? Nah tengok ayat ini, “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah berjaga-jaga dan bertawakallah kepada ALLAH supaya kamu beruntung” (Al-Imran:200). Jelaslah ditunjukkan bahawa bersabar itu adalah ciri-ciri insan yang beriman.  Tawakal pun ciri-ciri orang beriman juga tapi jangan jadi hampeh sangat menggunakan tawakal itu sebagai satu jalan mudah dalam melakukan sesuatu tanpa usaha. Ni dialog muda-mudi sekarang bila bercakap tentang tawakal , “Kalau dah takdir aku fail, fail jugak. Wat apa nak berusaha, redha je and yang paling penting ALLAH suruh kita bertawakka.l” Tengok gaya cakap bagus aje sebab dia tahu ALLAH suruh manusia berserah diri pada ALLAH (tawakkal) tapi yang  tak bagusnya dia tak tahu kepentingan usaha dalam mencapai matlamat dia tu. Kan ALLAH Ya Rabbi dah berfirman, “Sesungguhnya ALLAH tidak akan merubah keadaan (nasib sesuatu bangsa sehigga bangsa itu merubah keadaan (nasib) mereka sendiri.” (Ar-Ra’d:11). Bagi la petikan dari surah ni kepada sesiapa yang menjadikan tawakal sebagai satu alasan untuk mereka tidak berusaha. Firman ALLAH yang tadi itu dapat dikaitkan dengan takdir Mu’allaq yakni qadha dan qadar yang bergantung kepada ikhtiar ataupun usaha seseorang. Macam kawan-kawan yang nak ambil examination tu, kalau usaha anda sepenuh dan seikhlas hati, maka bertawakallah dan yakin kepada janji ALLAH. Sabarlah sebab ALLAH dah janjikan kegembiraan kepada orang yang bersabar. Tak percaya, sila lihat firman ALLAH ini, “Dan berilah berita gembira bagi orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah:155). Ada juga yang complaint setiap kali bersabar tu ALLAH turunkan lagi musibah, sampai bila nak bersabar? Renungi hadis ini, “Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para Nabi, kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka. Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya, bila lemah dalam agamanya maka diuji pula oleh ALLAH sesuai dengan  tahap ketaatan kepada agamanya. Demikanlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan dimuka bumi dalam keadaan tiada berdosa” (HR. Tarmizi). So, nampak tak jelasnya setiap dugaan yang ALLAH turunkan itu ada hikmahnya. First, nak membezakan mukmin sejati dan munafik. Second, nak melihat sejauh mana kesabaran seorang hamba tu pada Tuhannya. Third, membentuk peribadi manusia menjadi terpuji. Last yang pentingsupaya kesabaran bertambah, kuat cita-cita dan teguh pendirian. Perasan tak dalam hidup ni nak melangkah untuk kebaikan susah sangat tapi untuk kejahatan senang dan sesimple sangat. Sebab apa jadi camni? Sebab manusia itu ada mata hati tapi tak melihat dengan mata hati. Mereka sentiasa relax sebab Syurga dan Neraka tak nampak. Ni saya ingin berkongsi cerita tentang Syurga dan Neraka. Pada masa ALLAH mencipta Syurga dan Neraka, maka ALLAH bertanya kepada MalaikatNya (maaf sebab saya terlupa nama Malaikat yang ditanya) apa pandangan terhadap Syurga ALLAH, maka jawab Malaikat, “Jika manusia dapat melihat syurgaMu maka tentu mereka akan berusaha untuknya(Syurga itu). Kemudian ALLAH hadirkan bersama kesusahan, kepayahan dan dugaan yang hebat untuk mendapatkan syurga (maksud kat sini adalah dugaan dan kepayahan yang perlu dihadapi di dunia untuk mendapat balasan Syurga Akhirat), dan sekali lagi ALLAH bertanya kepada Malaikat. Dan Malaikat menjawab, “Ya ALLAH, sesungguhnya aku takut hanya sedikit yang dapat menghadapi kepayahan ini untuk syurgaMu.” Begitu juga dengan penciptaan neraka, ALLAH hadirkan bersama kesenangan dan nikmat dunia. Sebab itu lah manusia sekarang ni bersenang-senang, bermewah-mewah dan macam-macam ber lagi yang membawa mereka ke arah Neraka. MasyaALLAH. Renungi hadis ini ya, “Syurga itu selalu dikelilingi oleh perkara-perkara yang tidak disenangi, sedangkan neraka itu pula dikelilingi oleh perkara-perkara yang disenangi”. Itulah manusia dan kehidupan. Yang biasa kita dengar itu la rite, jarang sekali orang nak berbicara pasal aku dan kematian, padahal hidup kat dunia ni sementara, mati juga yang kekal. Sebab apa ramai yang tak nak bercakap dan tak suka cakap pasal kematian? Ada yang comment , bila kita nasihat agar mengingati mati, ada yang kata, “ Hidup lu, lu punya pasal. Gua punya hidup gua tanggung. Kubur lain-lain, kubur masing-masing brader”. Gaya macho je cakap tapi ingat sikit brader, kubur masing-masing pun nanti nak ke kubur tu pun orang yang usung, bukan boleh berjalan sendiri pun. Kan dah kena sape yang berlagak tadi tu. Actually kehidupan ini sebagai satu tempat persinggahan sementara manusia je. Ingat, kalau baik amalan didunia, insyaALLAH balasan yang baik juga di akhirat. Berdoalah kit agar pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s