Adab Dengan ALLAH

Posted: 28 November 2010 in Adab Dan Hukum

Adab Dengan Allah

Siapakah Allah s.w.t?Allah s.w.t ialah pencipta seluruh alam semesta ini dan sekalian isinya.Sesungguhnya Allah s.w.t itu adalah satu iaitu esa.Perkara ini di perjelaskan lagi dalam surah Al-Ikhlas ayat 1 hingga 5 yang mana bermaksud:

”Katakanlah (wahai Muhammad)Dia-lah Allah yang Maha Esa.Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu.Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.”

Sebagai hamba yang di cipta olehNya untuk meyembah serta beribadat kapadaNya,apakah yang kata tahu dan faham mengenai adab serta akhlak kita dengan Allah Taala yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang?Antara adab-adabnya ialah:

Niat ikhlas dalam beribadat.

Ikhlas bermaksud,menumpukan niat bagi setiap kerja ibadat atau amalan semata-mata kerana Allah dan untuk Allah.Ikhlas yang sebenar-benarnya sudah pastilah bersih hati daripada sifat riak’,nifaq dan ’ujub.Antara ayat dalam Al-Quran yang memperkatakan tentang ikhlas ialah:

Katakanlah (wahai muhammad):”sesungguhnya aku diperintahkan supaya meyembah Allah dalam mengikhlaskan agama (ibadah) kepadaNya.(Surah al-Zumar:11);Katakanlah:”Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya”.(Surah Az-Zumar:14);Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agamakepadaNya.(Surah Al-Bayyinah:5)

Maksud  ikhlas dalam beribadat  ialah ikhlas dalam melakukan amalan atau ibadat semata-mata untuk mencapai matlamat iaitu menghampirkan diri dan hati (taqarrub) dengan Allah Taala ;menjunjung tinggi atau mengagungkan perintah Allah Taala;merelakan atau memperkenankan seruan Allah Taala.Matlamat-matlamat pencapaian ibadat tersebut adalah selari dengan dorongan ijtihad dan iktikad yang betul dan selaras dengan firman Allah yang mafhumNya;

Katakanlah:Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan semesta alam.(Surah Al-An’am:162) Amalan yang dikerjakan secara ikhlas beribadat kosong daripada niat mengharapkan sesuatu pulangan atau balasan manfaat,sama ada di dunia mahupun di akhirat.Malah amalan itu sampai tidak dikehendaki dapat dilihat oleh iblis agar tidak diganggu atau dirosakkan oleh musuh manusia itu dan tidak juga dikehendaki dapat dilihat dan dicatatkan oleh malaikat.Semoga amalan itu termasuk dalam ilmu Allah sahaja.Inilah darjat ikhlas yang paling tinggi.

Niat ikhlas beribadat hendaklah serentak dengan bermulanya amalan yang dkerjakan dan hendaklah berterusan.Tidak termasuk dalam ikhlas beribadat,jika niatnya trkemudian atau selepas amalan.

Lawan ikhlas beribadat ialah nifaq,iaitu iktikad dan perlakuan orang munafik yang berpura-oura menghampirkan diri dengan Allah tetapi sebenarnya mengaitkan denga amalannya dengan yang lain darioada Allah.Nifaq itu membatalkan amalan,sekaligus terkeluar jauh daripada lingkungan qurbah dengan Allah Taala.

Bersyukur dengan nikmat Allah

Ramai diantara kita yang tidak mensyukuri atas nikmat yang telah dikurniakan kepada kita.Apakah erti syukur?Pengertian syukur secara terminology berasal dari perkataan Arab,berasal dari perkataan ’syakara-yasykuru-syukran’ yang bererti pujian atau ucapan terima kasih kepada atau dari kata lain yang bererti pujian atau ucapan terima kasih atau pernyataan terima kasih(i).Sedangkan dalam kamus besar bahasa Indonesia syukur memiliki dua erti iaitu syukur bererti rasa berterima kasih kepada Allah dan syukur juga membawa maksud untunglah atau merasa lega(ii).Sedangkan salah satu  pendapat lain menjelaskan bahawa syukur adalah gambaran dalam benak tentang nikmat dan menampakkannya ke permukaan.Sebahagian ulama menjelaskan syukur berasal dari perkataan ’syakara’yang bermaksud membika yang dilawan dengan kata ’kufur’yang bererti menutup atau melupakan segala nikmat  dan menutup-nutupinya(iii).Hal ini berdasarkan ayat 7 surah Ibrahim sbb(14:7)Dan (ingatlah  juga),tatkala Tuhanmu memaklumkan;”Sesungguhnya  jika kamu bersyukur,pasti kami akan menambah(nikmat)kepadamu,dan jika kamu mengingkari (nikmatKu)maka sesungguhnya azabKu sangat pedih’.Serta dalam surah An-Naml ayat 40 yang dilakukan oleh nabi Sulaiman a.s sbb:(27:40)Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al-Kitab:”Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum mata mu berkedip”.Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya,iapun berkata:”Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmatNya).

Bagaimana kita bersyukur?

1.MELALUI HATI.-syukur dengan hati

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s