Jodoh Itu Tetap Rahsia ALLAH

Posted: 4 November 2012 in Isu Isu Semasa

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

InsyaALLAH sedikit masa dan ruang untuk berkongsi pandangan tentang jodoh, untuk bercerita tentang jodoh.

Apa kita faham tentang jodoh? Seorang perempuan mempunyai boyfriend, adakah itu jodoh? Mereka menyatakan belum jodoh lagi, bila sudah ke gerbang perkahwinan, maka itu jodoh yang sebenar. Bagaimana pula dengan mereka yang berkahwin berpuluh-puluh tahun lalu bercerai, dan mereka menyatakan pula tiada jodoh antara mereka. Jodoh adalah satu rahsia dari ALLAH, dan difahami jodoh itu adalah pasangan yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada kita. Setiap yang diciptakan oleh ALLAH adalah berpasangan, itu juga adalah jodoh. Siang jodohnya malam, dan malam pula jodohnya adalah siang.

Jodoh adalah rahsia hebat dari ALLAH untuk kita. ALLAH menentukan jodoh untuk kita atas usaha yang kita jalankan. Tidak asing lagi kan hadis yang cukup popular di mana atas 4 sebab kita menentukan jodoh kita. Atas dasar agama, harta, keturunan serta kecantikan. Maka peganglah atas agama nescaya bahagia kehidupan kita. Atas ilmu dan kefahaman inilah kita seharusnya berusaha memilih jodoh yang terbaik untuk kita.

Jodoh itu datangnya dari ALLAH, dengan usaha yang kita lakukan. Timbul pula persoalan, pasti ramai yang pernah mendengar jodoh dari Syaitan, jodoh dari Jin dan jodoh dari ALLAH. Bagaimana pula dengan kenyataan itu?

Pada Surah al-Baqarah:216

“Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka.”

Jodoh itu tetap dari ALLAH, tetapi kerana usaha kita yang mengikut jalan yang dipenuhi tipu daya Syaitan, itulah maksud sebenar kenyataan jodoh dari Syaitan. Andai kita berpegang pada ajaran Sunnah dan Al-Quran, maka dapatlah kita jodoh yang diredhai oleh ALLAH S.W.T. Dengan tiupan dari syaitan inilah kita sentiasa melihat untuk mencari kesempurnaan pasangan, sehingga menimbulkan rasa tidak puas ati terhadap pasangan atas ketidaksempurnaan tersebut, sedangkan dalam agama diciptakan berpasangan kerana sama-sama tidak sempurna dan saling menutup ketidaksempurnaan tersebut.

Salah faham lelaki ataupun wanita, yang baik mahupun tidak, tetap menganggap bahawa jodoh yang sebenar untuk dirinya adalah insan yang benar-benar baik dan sempurna. Bagi mereka, kesempurnaan itu penting dalam mencari jodoh. Kita yakin bahawa laki yang baik untuk wanita yang baik, bagaimana pula Nabi Nuh, seorang Rasul yang diutus dijodohkan dengan isteri yang menolak agama ALLAH? Kerana itulah jodoh itu tetap menjadi rahsia ALLAH, dan manusia handaklah memahami bahawa apa yang ditentukan oleh ALLAH itu lebih baik dari apa yang difikirkan manusia. Lihat rujukan berikut :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (Al-Baqarah : 216)

Barangkali ALLAH mengkehendaki kebaikan kepada kita, lalu dikurniakan kepada kita seorang isteri yang mampu membina kesabaran kepada kita. Itulah kebaikan dari ALLAH, disebalik apa yang kita sangka tidak baik bagi kita.

“Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya.” (Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)

Kita tidak perlu takut siapakah jodoh anda kerana pasangan anda sudah pun ditentukan oleh ALLAH dan apa yang perlu dilakukan adalah berusaha diatas landasan agama dalam mencari jodoh kita.

 

Comments
  1. khusaini says:

    saya pun rasa begitu …sya pun masih lgi bujang…jodoh yang ditetapkan Allah adalah yang terbaik untuk hambanya….bersabar lah kerana jika mahu sesuatu yang benar2 bermutu bersabarlah dengan ketentua-Nya dan yakin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s