Adab Terhadap Ibu Bapa

Posted: 29 November 2010 in Adab Dan Hukum

Konsep Keibubapaan

Kasih sayang merupakan tunggak kepada ketenangan hidup dalam keluarga

Ibu bapa ialah org yang paling rapat dgn anak-anak dan merupakan org bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak hingga dewasa

Pengorbanan ibubapa amat besar. Anak wajib taat kepada ibubapa

Dalil al-Quran maksudnya:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”

Kalau kita  berbakti kepada ibu bapa Allah ;

  1. Akan beri ganjaran pahala dan ampunkan dosa
  2. Suka dan reda kepada orang yg berbakti kepada ibu bapa

Kita juga wajib berbakti kepada ibu bapa kerana;

Amalan ini tuntutan agama

Untuk kita membalas jasa ibu bapa kita

Supaya anak kita akan berbakti kepada kita pula

Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan

Antara tanggungjawab anak terhadap ibu bapa

Berdoa dan memohon ampun untuk mereka

Merendah diri dan menghormati mereka

Berbuat baik kepada rakan mereka

Berbakti kepada mereka pada  bila-bila masa

Taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak

ADAB PERCAKAPAN

Bercakap dgn hormat dan sopan santun

Merendahkan suara dihadapan mereka

Menumpukan perhatian ketika bercakap mereka

Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi

Menggunakan bahasa yang baik ketika bercakap

ADAB PERGAULAN

Berdiri untuk memberi hormat kpd mereka

Jangan melunjurkan kaki ke arah mereka ketika duduk

Mencium tangan mereka  sebelum ke sekolah dan sebelum tidur

Jangan mendahului mereka ketika menjamah makanan

Memberi hormat semasa bertemu dgn mereka

BERBAKTI SEMASA HIDUP

Menjaga mereka semasa tua dan sakit

Memberi nafkah kepada mereka

Mendoakan kesejahteraan mereka

Selalu menziarahi mereka sekira tidak tinggal bersama-sama

BERBAKTI SETELAH MENINGGAL

Berbuat baik kepada sahabat mereka

Membayar hutang mereka sekiranya  ada

Melaksanakan wasiat mereka

Mendoakan keampunan untuk mereka

KESAN BERBAKTI KEPADA IBU BAPA;

  1. Mendapat keberkatan hidup
  2. Disayangi keluarga
  3. Mendapat ganjaran pahala
  4. Ikatan keluarga bertambah kukuh
  5. Mendapat balasan syurga di akhirat

Renungkanlah wahai saudaraku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s