Adab Terhadap Ipar

Posted: 28 November 2010 in Adab Dan Hukum

Apakah yang dimaksudkan dengan ipar duai?Ipar duai ialah adik beradik suami atau isteri kita dan biras kepada kita yakni suami atau isteri kepada adik beradik suami atau isteri kita tadi.ipar juga adalah mahram sementara iaitu ipar boleh menikahi adik ipar apabila sudah bercerai hidup atau mati dengan kakak pada adik ipar itu.Ramai di kalangan masyarakat kita sekarang alpa terhadap adab ketika bersama dengan golongan ini.

Sebenarnya aurat kita bersama dengan ipar duai ini adalah sama dengan aurat kita dengan golongan ajnabi yang lain.Jadi sememangnya kita wajib menjaga aurat dan batas pergaulan agar tidak mendatangkan fitnah.

Sabda Rasulullah s.a.w.Sesungguhnya,seandainya dicucukkan jarum besi di kepala seseorang lelaki,adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorangperempuan yang tidak halal baginya.

Orang perempuan yang tidak halal bagi orang lelaki iaitu orang yang bukan muhrimnya seperi berikut:

  • Anak-anak perempuan kepada adik beradik bapa dan emak kamu iaitu sepupu kamu.
  • Sepupu perempuan kepada emak,bapa,nenek dan datuk kamu dan seterusnya.
  • Adik dan kakak ipar perempuan
  • Isteri kepada bapa saudara,tok saudara keatas
  • Ibu mertua kepada adik/abang/kakak
  • Adik/kakak perempuan kepada adik/kakak/abang ipar
  • Anak perempuan kepada adik beradik perempuan kamu
  • Kesemua perempuan yang tiada ikatan keluarga samaada islam atau kafir selain daripada ang disenaraikan diatas.

Dan firman Allah ada menegaskan yang mana bermaksud:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;dan janganlah ereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginankepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang tentang apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.(An Nur:31)

Golongan yang boleh diperlihatkan aurat ialah golongan yang tersenarai dalam ayat diatas.Ipar atau biras tidak termasuk dalam golongan yang halal dipertontonkan perhiasan wanita.Jadi jelaslah kepada kita tentang batas-batas pergaulan dengan ipar duai.Maka wajiblah keatas kita menjaga  adab dan aurat kita ketika bersama mereka.

Tidak dinafikan,sudah sudah seolah-olah menjadi budaya yang kebanyakan wanita tdak menjaga aurat dihadapan ipar.Walaupun tinggal serumah diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,aurat masih perlu dijaga.Cuba untuk elak dari berdua-duaan dengan ipar duai dan juga usah layani kerenah mereka bila isteri mereka tiada.Berhati-hati akan jerangkap samar syaitan yang sering mencari kelemahan kita.

Dan dibaawah ini ialah nama-nama syaitan yang tidak pernah mengenal erti jemu daripada mengacau kehidupan manusia:

a)      Thibr-menggoda dan membisikkankepada manusia supaya melakukan kebinasaan,merobek dan mengoyak baju,menampar muka dan menjerit-jerit seperti mana mereka yang melakukan semasa zaman jahiliah bila berlaku kematian.

b)      A’war-mendesak, menggoda dan mendorong manusia untuk melakukan zina.

c)      Mabsut-mendorong manusia supaya berdusta.

d)     Dasim-menggoda manusia supaya bersengketa dengan saudara mara dan menyebabkan berlakunya pergaduhan dalam keluarga.

e)      Zalanbur-sentiasa berlegar di pasar meransang agar melakukan penipuan dalam perniagaan,menipu timbang,menyorok barang untuk di naikkan harga dan sebagainya.

f)       Khinzab-kerjanya menghalangi dan mengelirukan dalam sembahyang seperti mana yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. apabila ditanya oleh Uthman bin Abdul Asy tentang nama syaitan yang telah menghalangi antaraku dan sembahyangku.(HR Muslim)

 

 

About these ads
Comments
  1. wong deso says:

    assalamualaikm.wr.wb
    ijin nyimak….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s