Adab Menantu Terhadap Mertua & Mertua Terhadap Menantu

Posted: 28 November 2010 in Adab Dan Hukum

Apabila kita bernikah sahaja dengan pasangan kita,secara tidak langsung kita akan terus mendapat ibu bapa mertua.Taraf dan penghormatan kita terhadap ibu bapa mertua ini sama seperti ibu bapa kita sendiri.Ada tanggungjawab yang kita perlu laksanakan kepada mereka.

Hari ini,ramai yang salah anggap mengenai tanggungjawab terhadap mertua.Salah anggap itu membawa kepada rasa kurang hormat terhadap mertua sedangkan mereka wajar di hormati seperti taraf menghormati ibu bapa sendiri.

Apabila wujud rasa kurang hormat,tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak akan berlaku,walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mertua.Menantu lelaki terutamanya mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap mertua berbeza dengan menantu perempuan.Kalau seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang sangat perlu dihormati dan ditaati selepas Allah dan Rasul,bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mertua,mereka mestimenghormati iu mertua diikuti bapa mertua selepas Allah dan Rasul sepertimana dia menghormati kedua ibu bapanya.

Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu,bapa dan juga mertua,justeru tanggungjawab itu tidak boleh di abaikan ole menantu lelaki.Mengbaikan eoran dari mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri.

Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua.Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan ibu bapanya sendiri di abaikan oleh si suami.Tegasnya,kedudukan ibu bapa sendiri dan mertua adalah sama tidak kira mertua beragama apa sekalipun,sama seprti  tanggungjawab anak yang sudah memeluk islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk islam.

Bagi sesetengah  pasangan,permasalahan hubungan antara menantu dan mertua seringkali menjadi punca timbulnya konflikantara suami dan isteri.Meskipun  di zaman ini sudah banyak pasangan yang tidak tinggal serumah dengan mertua,namun hal tersebut bukan bererti bahawa masalah menantu-mertua tidak lagi terjadi.Hal ini mengimgatkan kita bahawa sebagai anggota dari sebuah keluarga,maka mertua dan enantu pasti akan selalu bertemu dan saling berinteraksi,contohnya ketika pulang berhari raya atau ketika si datuk atau nenek berkunjung ke rumah anaknya untuk menjenguk cucu mereka.

Bagaimana jika anda terpaksa tinggal bersama mertua?Apa yang perlu dilakukan trehadap mereka?Mesti ada pro dan kontranya.

Sebagai menantu perempuan kia kena beralah dan mendahulukan mertua.Dalam hirarki kehidupan seorang suami,seorang suami perlu mendahulkan ibu bapanya dari isteri.Suami yang baik akan bertanggungjawab trehadap ibu bapanya,ibu bapa mertua,dan keluarganya sendiri.Sebagai isteri kita sepatutnya membantu suami untuk menjadi anak dan suami yang soleh.

Sekiranya ada apa-apa perbincangan dan permuafakatan perlu ada,agar tida hati yang akan terluka.Sebagai seorang isteri yang sayangkan suami,mestilah kita mahu dia menjadi seorang hamba yang soleh.Dan untuk mencapai hasrat itu,suami itu perlulah bertanggungjawab terhadap orang tuanya.Salah satu tanggungjawab suami ialah berbakti kepada ibu bapanya.

Ada juga mertua yang cerewet dan selalu mencampuri urusan rumah tangga anak-anak mereka sehingga anak menantu bercerai-berai.Namun tidak dinafikan,kadang-kadang ianya bergantung kepada anak itu sendiri yangterlalu bergantung dengan ibu bapa mereka sekalipun telah berumah tangga.

Persoalannya,bagaimanakah cara menangani masalah ini sehingga hubungan antara menantu dan mertua kekal harmoni?

Cara mewujudkan hubungan yang baik

Pada dasarnya penyelesaian sesuatu masalah adalah bergantung pada diri kita sendiri.Kitalah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi.Jika hanya menunggu pihak lain untuk bertindak,kemungkinan besar penyelesaiannya akan menjadi lebih rumit.Maka bagi mereka yang mengalami masalah dengan mertua atau menantu,ada baiknya mereka mempertimbangkan beberapa saranan berikut:

v  Berdamai dengan diri sendiri:

- Ertinya menciptakan suasana tenang dalam diri sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan mengenepikan sebarang buruk sangka terhadap mertua.Alihkan fikiran secara total pada hal-hal yang positif.Ingatlah bahawa setiap perselisihan pasti melibatkan lebih dari seorang dan dalam hal ini tidak ada manusia yang dapat lari dari kesilapan.

Oleh sebab itu,jka secara negatif dan selalu meyalahkan orang lain,maka sekarang belajarlah sedikit demi sedikit melihat sesuatu permasalahan secara objektif.Mulakan dengan mengubah pola pemikiean kita sendiri.Ingatlah ungkapan yang mengatakan:”change your thoughts and you will change your world”.Hal ini berkait rapat kerana pasangan yang mempunyai sikap prejudis di dalam diri mereka akan terpengaruh dengan sikap tersebut di mana terdapat pasangan yang dari awal-awal perkahwinan lagi menunjukkan sikap yang negatif terhadap mertua.

Sebagai contoh masyarakat selalu melemparakn persepsi yang salah terhadap mertua seperti:mertua harus dijaihi dan tidak perlu mewujudakan hubungan yang baik dengannya,mertua tidak boleh dibawa tinggal bersama ataupun menantu tidak boleh tinggal bersama mertua dan berbgai-bagai prasangka yang lain.Persepsi yang tidak baik inijika tertanam dalam pmikiran seseorang akan menyebabkan mertua berkecil hati dan mudah tersinggung.

Mulailah belajar untuk memahami beberapa perkara seperti berikut:

-Setiap keluarga mempunyai budayanya sendiri begitu juga antara menantu dan mertua tentunya memiliki buaya keluarga yang berbeza.Yang dimaksudkan dengan budaya keluarga disini ialah latar belakang yang seringkali berbeza,sama ada yang menyentu hal-hal berkenaan tempat tinggal ataupun pengalaman peribadi yang selama ini menjadi pegangan,didikan dan kebiasaan dalam sesebuah keluarga dimana segalanya ini tentu sekali akan membentu karaktor,siakp dan pembawaan seseorang individu dalam menjalani kehidupan seharian dan dalam menghadapi sesuatu masalah.

Dengan lain perkataan,asuhan orang tua atau kualiti hubungan yang terjalin anayra orang tua dengan anaknya merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi kualiti perkahwinan seseorang di masa akan datang.Hal ini mencakupi perihal memilih pasangan ,pola interaksi komunikasi suami isteri dan anak-anak,sikap terhadap pasangan dan persepsinya terhadap perananannya dalam keluarganya.Dengan itu jika proses sosialisasi dengan orang tuanya tidak begitu baik,segala emosi negatif dari masa lalu aka terbawa-bawa dalam kehidupan rumahtangganya,aik terhadap diri sendiri,pasangannya dan terhadap makna perkahwinan itu sendiri.

Menyamakan pasangan dengan ibu atau bapa sendiri

-Seringkali tanpa sedar seseorang akan mencari pasngan dan mertua sperti ibu dan bapanya.Mereka mengharapkan pasangannya dan mertuanya memperlakukan mereka seperti perlakuan ibu dan bapa sendiri.Harapan tersebut pada dasarnya tidaklah wajar  kerana ia mendatangkan masalah besar pada institusi rumah tangga.

Sebaliknya menantulah yang harus mengalah dan melayani mertua mereka seperti ibu bapa sendiri selaku orang yang lebih tua dari kita kerana kedudukan mereka sebenarnya adalah sama dengan taraf ibu bapa sendiri.Menderhaka kepada mereka samalah seperti menderhakai pada orang tua kita.

Menantu juga hendaklah menunjukkan siakp bertolak ansur dengan mertua.Mertua seperti individu lain yang tentunya memiliki sifat kekurangan dan kelebihan tersendiri.Segala  sifat mertua ini hendaklah diterima oleh menantu dengan lapang dada.

 

 

 

 

 

penghargaan kita kepada menantu itu.Komunikasi yang bijak akan melahirkan kedamaian Namun,jika hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha kearah perdamaian,sudah pastinya matlamat untuk mendapatkan keharmonian dalam rumah tangga tidak tercapai.Mertua juga seharusnya memainkan peranan yang penting dalam perkara ini.Ada segelintir mertua yang selalu campur tangan dalam kehidupan anak-anak mereka walaupun sudah berkahwin.Sewajarnya,mereka tidak perlulah lagi masuk campur dalam masalah dan kemelut rumah tangga anak-anak mereka.Berikan mereka ruang untuk berbincang dan menyelesaikannya dahulu.Sebagai mertua,kita hanya boleh memberi nasihat dan panduan kepada anak-anak,tetapi biarlah mereka membuat keputusan sendiri untuk menentukan corak kehidupan mereka.

Selain itu,mertua juga haruslah menghormati keputusan anak dan menantu juga.Cuba untuk memahami kehendak dan keperluan mereka.Tiada salahnya kita mendengar pendapat anak-anak muda.Selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum dan prinsip islam,kita boleh menerima saranan mereka.

Cubalah berbaik-baik dengan menantu serta keluarganya untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim yang ada.Dengan cara ini,secara tidak langsung boleh membuatkan kita lebih mengenali keperibadian menantu kita itu.

Mertua juga perlulah  mencuba untuk mengajak menantu berbual untuk mengetahui tentang kesukaannya,masalah yang dihadapi supaya menantu tidak berasa kekok ketika berada di rumah mereka sekaligus membuatkan menantu lebih selesa dan di sayangi oleh mertuanya.

Selalu mengambil berat tentang keadaan menantu untuk menunjukkan rasa kasih dan serta keharmonian dalam sesebuah perhubungan.

 

 

 

 

 

 

Comments
  1. wong deso says:

    ass.wr.wb
    ijin untuk nyimak ki…

    • Syifahm says:

      Assalamualaikum… ssya bersetuju dgn tazkirah ini.. ttp alhamdulillah hubungan saya dgn kluarga suami baik dan aman damai… Tetapi yg saya ingin kongsikan dsni adalah hal rumahtngga Abg saya dan isteri nya… seperti yg berlaku,hampir 2 tahun kakak Ipar saya tinggal satu rumah dgn mertua ( ibubapa saya) bersama-sama 5 orang anaknya.. sedangkan suami ( Abg kndung saya) tinggal drumah nenek saya.. sblum ini mereka sekeluarga tinggal drumah nenek saya….. dgn hal ini saya merasa berdosa dgn sikap Abg dan kaka Ipar saya.. makan minum Abg saya jugakah tidak teratur… saya tidak tahu dri mana puncanya mereka tidak sebumbungY seolah2 mereka bukan suami isteri… kakak Ipar saya sering bercerita hal rumahtangganya kepada ibu saya.. sehiggakan ibu bapa saya menyalahkan 100% kepada Abg saya… bg saya mereka tetap salah.. pendek kata kakak Ipar saya talam 2 muka dan Abg saya bisu 1000 bahasa.. Apa pendapat tuan / anda tetangga permasalahan ini.. Saya benar2 sedih marah kerana kedua ibubapa saya menjadi buta hati untuk menilai yg mana perkara baik dan buruk…

  2. ahmad says:

    apa pendapat anda jika si isteri menyatakan ; mana ada isteri boleh duduk dengan mak mertua, sebungbung @ berdekatan. (atau makna yg seumpamanya)

    • rihazazahri says:

      tentang itu, tempat tinggal itu nafkah wajib yang perlu seorang suami bagi kepada isteri.. xkira dimana2 pun asalkan tempat itu selamat untuk berlindung, dan tidak manyakiti isteri, termasuklah jua jika bersama2 dengan siapa2, orang itu tidak menyakiti hati isteri. Maksud boleh duk dengan mak, kakak dsb.. Maksudnya andai bersama mertua, boleh, dengan syarat mertua tu x menyakiti hati isteri.. klu menyakiti hati isteri, xboleh. kena tinggal tempat lain.. cuma x digalakkan duduk sekali.. sama lah klu tempat tinggal tu terbuka, dan nmpak apa isteri buat macam mandi dsb, x boleh.. wallahua’lam saudara ahmad =)

  3. razalana syed husain says:

    I agree dgn tazkirah ini. rata2 anak2 sktrg tahu kahwin ttp tidak mahu mendalami adab2 dan hukum Allah utk menjadikan diri mereka sebagai menantu yg tahu menghargai ibu bapa mertua mereka. Mereka mahu isteri/suami menghormati mereka ttp apa yg mereka lakukan utk mendaptkan penghormatan yang sama sesama mereka. Hormati org tua dahulu baru diri kamu akan dihormati. Ini pesanan saya kepad anak2 yg mahu atau sudah berkahwin. banyak lagi tanggungjawab sebagai hamba ALLAH yg mesti didalami dan kenali hatibudi masing2 dan keluarga mereka dan yg penting fahami tanggungjawab sebagai suami/isteri. kemudian kahwin lah…..

  4. hormati lah mertua anda….

  5. z says:

    Assalammualaikum.. Saya telah mengalami nasib yang sama.. Sekarang ini isteri saya telah tinggal berasingan dengan saya dengan tinggal dirumah ibu bapanya kerana egonya yang tinggi. Sementara saya & bapa saya tengah menjaga ibu saya yang sedang sakit dirumah saya. Isteri saya berkata dia xkan pulang ke rumah selagi ibu bapa saya tinggal bersama kami. Adakah saya patut menceraikan isteri yang seperti ini?

    • Irhaz Rihaz says:

      wa’alaikummussalam.. cerai adalah perkara halal (dalam rumahtangga) tetapi sangat2 perlu dielakkan kerana itu sgt dibenci ALLAH.. sebaiknya cerai itu adalah penyelesaian terakhir andai kata tiada usaha lain yang mampu menjernihkan keadaan.. dalam konsep mendidik isteri yang nusyuz tidak dengan cerai sahaja, umpamanya menasihati, andai tidak berjaya boleh asingkan tempat tidur dan juga memukul diharuskan dengan niat mendidik bukan mencederakan.. Dalam mslh ini, andai si isteri berada bersama ibu dan bapanya, cuba pendekatan dengan meminda pandangan dan usaha ibu bapa untuk memujuk dan menasihatinya, tiada masalah.. umpamanya mengguna perumpamaan andai dia sudah tua apa perasaan dia sebagai ibu jika menantunya berbuat sedemikian padanya kelak.. ibu bagi anak lelaki itu lebih diutamakan, bagus usaha saudara menjaga ibu saudara.. mohonlah doa supaya dibuka hati isteri saudara untuk kembali jernih rumah tangga saudara.. andai saudara buntu, dan tidak memberatkan salah satu pilihan untuk menceraikan atau tidak, maka istikharah mohon petunjuk dari ALLAH disamping usaha yang dilakukan.. Doa saya semoga pintu hati isteri saudara kembali terbuka dan sedar akan tempat isteri dan hak isteri kepada suami, dan faham situasi saudara dan sama2 pada jalan yang baik kelak..

  6. isteri keliru says:

    salam..
    ingin meminta pendapat, kalo ibu mentua menyatakan ” Sbnarnya dia sama j dgn menantu2 yg lain (siap mention sorang2 nama menantu yg xsebulu dgn mentua), dengki & sakit hati takut anak lelaki emak sygkan mak & ambil berat pasal mak” ayat ni perbualan ant anak lelaki dgn si ibu..apakah maksud disebalik kata2 mentua??perlu ke timbul isu takut & dengki??

    • Irhaz Rihaz says:

      wa’alaikummussalam puan.. sebagai seorang wanita, kita kena faham bahawa tggungjawab utama si suami tetap pada seorang wanita bergelar ibu.. begitu jugalah kelak andai puan dikurniakan anak lelaki, tggungjawab besar kepada puan.. namun bukan bermaksud mengabaikan tanggungjawab isteri, iaitu tanggungjawab menjaga perasaan isteri dan sebagainya.. andai dia utamakan ibu mertua puan tetapi tetap juga mengambil tahu dan menjaga kebajikan puan, puan bersyukur kerana itulah suami yang baik =).. puan juga tidak salah menasihati suami atas setiap apa yang dilakukan, andai hak puan itu terabai sedikit puan boleh nasihatkan dia.. hasad dan dengki itu sebenarnya satu sifat yang perlu kita jauhi ye puan, kelak nanti timbul pelbagai prasangka dan tanggapan yang tidak baik terhadap orang lain.. kadang2 kita sakit hati, namun bukan bermaksud sakit hati tu kita hanya perlu mendiamkan diri, mungkin dia tidak faham, jadi kita fahamkan dengan cara yang paling baik.. Tiada istilah menantu derhaka andai menasihati mertuanya dengan baik.. saya kurang jelas isu takut yang puan maksudkan, adakah maksudnya takut untuk menegur atau apa? Andai untuk teguran, maka tidak salah dan tdak perlu takut, agama itu sendiri adalah nasihat menasihati..

  7. Danial says:

    Assalamualaikum, ibu bapa mertua saya baru tinggal bersama kami. Mereka menetap di rumah kami kerana mereka sudah tiada rumah di sini kerana mereka telah menjual rumah mereka. Mereka sudah menetap sepenuhnya di Malaysia. Kini mereka harus menetap di Singapura kerana isu anak angkat. Mertua saya mempunyai 2 orang anak. yang sulung adalah isteri saya & si bongsu adalah seorang lelaki yang berusia 19 tahun.

    Anak angkat , X ( nama samaran ) adalah cucu saudara ibu mertua saya. Mereka telah menjaga budak ini ketika beliau masih bayi kerana ibu bapa budak perempuan ini mempunyai isu kewangan. X mempunyai tiga adik, X adalah anak yang kedua. Ketika X berusia 7 tahun, ibu bapa kandungnya ingin mengambilnya kerana keadaan ekonomi mereka sudah stabil.

    Kasih sayang sudah pun terjalin & mertua saya mentangnya seperti minyak yang penuh & menganggap X anak mereka sendiri. Ini telah membuat ibu bapa kandungnya sangat marah. Malangnya, talian saudara pun tercemar & kes ini telah dibawa ke mahkhamah tinggi. Di Singapura apabila kes dibawa ke mahkhamah tinggi, kosnya boleh mencecah S$10000 paling minima.

    Apa yang buat saya menyampah ialah X mempunya banyak karenah, degil & susah mendegar kata. Mertua saya pun jarang menegur beliau kerana kasih sayang yang teramat.

    Saya pernah sekali menasihat bapa mertua saya tentang mahram kerana X ialah seorang perempuan, beliau paling rapat dengan bapa mertua saya. Tiap kali saya kongsi pendapat dengan isteri saya, kita saling bertikam lidah, beliau memberitahu saya bhawa ini semua adalah takdir.

    Kini semuanya menetap di rumah saya bersama isteri saya dan anak saya yang berusia 5 bulan. Tujuan saya membeli rumah sendiri ialah untuk hidup berdikari & sayan inginkan ‘ privacy’. Tiap hari sya runsing fikirkan tentang masalah ini.

    • Irhaz Rihaz says:

      Wa’alaikummussalam.. Tidak salah mengambil anak angkat, dengan syarat menjaga batas2 yang telah ditetapkan syara’. Sebagai contoh, andai anak angkat itu dari anak yatim, maka kena jaga juga hubungan antara bukan mahram iaitu antara anak dan ibu bapa angkat itu.. Islam menegah kita mencemarkan talian persaudaraan, andai pergaduhan berlaku, kita boleh menjadi orang tengah yang mendamaikan, andai perlu berbohong untuk meyatukan keluarga ini, buat lah, itu dibenarkan.. Andai hanya mahkamah dengan keadilan syara’dapat ditegakkan, bawa kes ke mahkamah.. Sebaiknya berbincang dan cari penyelesaian sesama keluarga dahulu.

      Kedua, agama itu adalah ,menasihati. Bukan bermaksud sayang maka yang salah itu menjadi betul dan bukan bermakna benci yang betul itu disalahkan.. Saudara boleh menasihati dengan cara yang baik.. Tegurlah begini, Islam tidak meletakkan kasih sayang itu menjadi alasan untuk membetulkan mana yang salah, dan andai benci sekalipun, hak tetap wajib ditunaikan.. Kelak nanti di akhirat akan ditanya kenapa tidak menasihati kedegilan serta kerenah yang salah? Adakah dengan kasih sayang kita tidak menegur alasan itu diterima kelak?

      Isteri saudara benar menyatakan itu takdir, tetapi sejauh mana kefahaman isteri saudara tentang permasalahan takdir itu? Adakah cukup meyatakan itu takdir tanpa perlu ada usaha mengubah kedudukan itu menjadi lebih baik? Sebagai contoh cukupkah kita melihat anak kecil yang nakal menjadi terus nakal tanpa menasihati dengan alasan sudah ditakdirkan nakal maka biarlah nakal itu sampai bila2.. Adakah begitu? Sebagai ahli sunnah wal jamaah dengan iktikad kita bahawa takdir itu urusan ALLAH, tetapi takdir yang ditetapkan itu juga selari dengan usaha manusia.. Jadi terangkan permasalahan takdir ini kepada isteri saudara supaya dia benar2 faham usaha saudara dalam membawa keluarga ini ke arah yang lebih baik..

      Semoga ini membantu saudara insyaALLAH, semoga keluarga saudara menjadi lebih baik.. :)

  8. zaks tony says:

    Ass.mohon pncerahanny..saya bru 9bulan menikah dan tinggal brsama mertua saya..awal rumah tangga km baik2 saja,sbelum menikah istri sudah brjanji utk tinggal brsma orang tua saya,karena mertua saya guru dan kuliah utk prsyratan kerjanya,saya memutuskan tinggal dlu brsama mertua smentara waktu utk membntu tugas kuliahnya brsama istri saya.
    namun seiring bulan demi bulan spertinya mertua menyuruh tinggal brsamanya agar pndapatan kt bs ditabung..mungkin q kurang stuju krna memang q satu2nya anak laki2 dlm 2brsaudara yg dimiliki orang tua saya,kbtualan ortu saya kerja srabutan hanya ibu yg brkerja..mungkin niat hati saya ingin brsama orang tua saya utk mringankan orang tua saya yg msh pny tanggungan adik saya kuliah..alasan lain saya jg kurang co2k dgn mertua saya yg etikanya kurang dlm tu2r kata pd istri saya,kdang pngen negur g enak hati krn mreka sudah sprti orang tuaku sndri..
    dgn tu2r kata lemah lembut saya menyampaikan klo kami ingin mnjdi kluarga seutuhnya dgn menggunakan tabungan kami utk membangun tmpat usaha skaligus rumah depan rumah ortuku,rencana itu jg dgn niat supaya jg bikin usaha baru biar ibuk q g ksana kmari mencari nafkah puluhan kilo dgn sedamotor..krn sya jg kwatir dgn keadaan jalanan yg makin ramai..
    spertinya mertua kurang stuju dgn kptusan itu..pngen jg rasanya saya menyampaikan alasan trsebut dgn halus agar beliau iklas melepas anaknya itu..lama kelamaan mungkin hub kt jg brtmbh tidak baik,krn memang mertuaku keras dan kurang cakap dlm etika..q jg g enak hati pngen menyampaikan klo skiranya istri saya bs diperlakukan dgn baik dlm tu2r kata walaupun kputusan kami utk pindah tidak distujui..sperti halnya memperlakukan adik istri saya dg baik..mungkin ksenjangan itu yg membuat hub kami smakin tdk co2k..sdangkan istri saya jg mrasa ingin brbakti dgn orang tuanya walaupun dgn prlakuan itu

    • Irhaz Rihaz says:

      wslm saudara.. sy kurang jelas dengan permasalahan saudara, jadi sy tanyakan kepada saudara adakah maksud saudara adalah saudara sekarang tinggal bersama mertua, dan merancang untuk mulakan hidup berdua dengan isteri saudara dalam masa yang sama membantu juga ibu bapa dan juga mertua walaupun berjauhan? tetapi seperti tidak disetujui oleh mertua?

      saya menjawab dengan pandangan saya, bahawa hak menentukan landasan ataupun jalan hidup selepas menikah adalah saudara sendiri, kerana saudara lelaki dan menjadi ketua kepada isteri saudara.. bukanlah bermaksud saudara perlu menolak semua pandangan atau teguran atau permintaan mertua,tetapi saudara boleh menerima teguran atau pandangan mertua sebagai pendorong hidup.. andai saudara sudah berlemah lembut dalam menyatakan hasrat atau teguran itu tidak salah.. isteri wajib taat pada suami selepas nikah bukan lagi taat pada ibu dan bapa kerana dia sudah menjadi tanggung jawab saudara.. maksud taat di sini adalah taat keutamaan, dimana jika bapa atau ibu menyuruh isteri saudara berbuat sesuatu, pada masa sama saudara menyuruh isteri saudara berbuat sesuatu, maka wajib diutamakan perintah saudara dahulu.. mungkin disini (maafkan saya) kefahaman tentang keutamaan isteri terhadap suami berbanding ibu bapa kurang jelas dalam diri mertua saudara, dan kerana itu dia merasakan anak mereka masih tetap dipegang oleh mereka dan tidak mahu melepaskan anaknya itu..

      Wallahua’lam..

  9. Danial says:

    Assalamualaikum, terima kasih atas pendapat anda.Saya amat berharap bahawa satu hari nanti ibu bapa mertua saya sedar atas perbuatan mereka. Niat suci mereka yang murni itu adalah baik tetapi pada pendapat saya kita tidak seharusnya memisahkan X daripada ibu bapa kandungnya. Ibu bapa kandungnya masih sihat dan mereka ingin menjaga anak mereka kembali. X kini berusia 8 tahun dan saya rasa beliau patut mengenali adik beradiknya serta ibu bapa kandungnya. Air dicincang tidak akan putus.

    • Irhaz Rihaz says:

      W’slm.. Niat suci itu baik, tetapi bukan bermaksud niat yang suci boleh menghaalkan cara pelaksanaan.. umpama cotoh saya katakan si A mempunyai bapa yang beragama kristian, dalam masa yang sama dia takut jika rapat dengan bapanya, bimbang akan menjejaskan agamanya, justeru dia pun menjauhkan diri dari bapanya, atas niat menjaga dirinya sedangkan bapanya terasa hati dengan nya, itu tetap HARAM.. Ini sebagai contoh ye.. Apayang saudara katakan itu benar, tiada dibenarkan memutuskan saudara, sedangkan menyakiti dan memutuskan hubungan dengan jiran pun ditegah apa lagi dengan kedua orang tua walaupun berbeza agama.. Dalam Islam dan dijelaskan dalam Al-Quran tunaikanlah hak dan berlakulah adil walaupun kebencian ada dalam diri kita.. Andai kata kita menjaga anakkecil yang dibuang, dan kebencian terhadap ibu bapa kandung yang membuang anak itu ada dalam diri kita, tidak bermaksud kita boleh memutuskan hak antara anak dan ibu bapa..Sekalipun bapa seorang penjenayah, hak tetap WAJIB ditunaikan..

  10. ieda says:

    assalamualaikum….saya sdh lama berkahwin dgn suami saya..tapi suami saya seolah-olah blm dpat menerima kedua org tua saya…setiap kali hendak menjenguk atau menemui ibubapa saya,suami saya akan bersikap seperti sdang marah..sedangkan saya mngikut sahaja kehendaknya jika dia hendak menjenguk ibubapa nya…wlaupun setiap mggu…sedangkan ibubapa saya tggal d kpg dan jarang ke bandar tempat kami tggal..kdg2 ibubapa saya akan ke bandar menjenguk kami pun suami saya kdg2 seolah-olah sedang marah ketika menemui mereka..kadang2 saya terasa x adil bila ibubapa saya diperlakukan seperti itu..tapi saya dalam dilema antara ibubapa dan suami sedangkan saya perlu hormat dan menjaga hati mereka.

    • Irhaz Rihaz says:

      wa’alaikummussalam saudari ida.. kenapa suami blum dpt menerima? Puan saja tahu jwpn kan? Mgkin kdg2 sikap buat orang tidak dapat menerima, tetapi mungkin perkara lain.. Puan tidak salah menyatakan dan bertanya kepada suami kenapa tidak mahu dan seolah2 acuh x acuh dengan ibu bapa puan, tetapi bertanyalah dengan baik.. adapun jika masalah dapat diselesaikan dengan berbincang maka berbincanglah, kerana anjuran agama supaya berbincang dalam kalangan kita.. puan juga tidak salah menegur akan hak suami kepada kedua ibu bapa puan, sekalipun sedikit.. Contohnya tidak salah puan berkata hormatlah kedua ibu bapa puan dengan bercakap baik dan tidak marah2, kerana bukan bererti jika dia suami maka isteri wajib taat tanpa ada teguran, tetapi teguran itu biarlah kena atas situasi apa yang berlaku.. Last, berdoalah kerana dengan doa yang mengiringi usaha insyaALLAH dimakbulkan..

  11. nana says:

    Salam..sy ingin minta pandgan mengenai mslh sy dgn mentua..sy sempat duk berdua dgn suami dlm 5 bln pertama perkahwinan kami kemudian ibu bapa mentua dan adik ipar ke3 suami bw duduk sekali alasannya tempat tinggal mereka tidak selesa.pd mulanya sy menerima mereka terutama ibu mentua spt keluarga sendiri dan semuanya berjalan dengan baik.tp sy tdk menjangka yg sebenarnya ibu mentua sy ada menyimpan perasaan cemburu terhadap sy.dia pernah memberitahu bahawa perkahwinan suami isteri yg anak sulung akan dikurangkan rezeki.sy hanya pekakkan telinga shj n x beritahu suami mengenai ini..yg paling sy sedar sikapnya begitu apabila dia memberitahu suami n ibu sy mahu menjaga sy ketika berpantang dan menjaga bayi kami kbtln sy melahirkan anak kembar.pd mulanya itu mentua sy tdk percaya sy mengandungkan bb kembar wlpn telah wat scan 4D.semasa berpantang lain pula jadinya ibu mentua sanggup menjaga anak jiran sy dua org sorg perempuan umur 6 bln n lelaki umur 1 stgh thn.bagikan situasi yg sy perlu alami ketika berpantang dgn menjg bb kembar siang dan mlm..ibu mentua hanya membantu sket2 shj n menyediakan mkn.mlm ibu mentua xbgn lgsg membantu sy mnjg kembar.yg paling menyedihkan ketika berpantang ibu mentua mengeluh pada adik ipar ke3 bahawa sy klu xkeje susah la.suami memberi izin sy mnjg kembar kami sehingga sthn.byk jg ibu mentua sy merungut yg bg sy bukan hal dia tp dia masuk campur..dan sy mula rasa selesa tinggal dgn mentua dan apakah tindakan yg wajar perlu sy lakukan n perlukah suami sy tahu hal ini?

    • Irhaz Rihaz says:

      wslm.. terletak atas puan, andai kata puan merasakan perlu untuk memberitahu suami untuk kebaikan puan, puan beritahu lah suami puan, kerana seorang isteri sepatutnya dijaga dari perkara yang tidak menyenangkan hati, bukan setakat cukup nafkah zahir dan batin, malah suami juga wajib memberikan tempat tinggal dan menjaga kebajikan isteri serta sebarang perkara yang boleh mengganggu isteri, kerana itu selepas pernikahan itu lebih baik duduk berdua (berdikari) tanpa ibu bapa tetapi tidak mengabaikan ibu bapa.. Berkaitan rezeki berkurang itu,yakinlah jani ALLAH itu jika berkahwin akan melimpah rezeki dari ALLAH, dan hak menentukan rezeki itu bukan pada ibu mertua tetapi pada ALLAH.. ALLAH dah janji andai nikah menambahkan rezeki jadi usah amil hati kata2 ibu mertua puan itu.. berbincanglah dengan suami sebaiknya, dan puan kena kuatkan semangat, memang orang tua dengan sikap yang sebegitu, kadang2 kita merasakan hal itu tiada berkaitan dengan mereka tetapi ambillah dari sisi positif, di mana andai apa yang dikatakan itu benar maka terima lah jika tidak maka anggaplah itu sebagai kata2 biasa sahaja..

  12. insan kerdil says:

    assalam ustaz.. sy seorg isteri yg br 1thn mendirikan rumah tangga.. Masalah sy skrg ialah, setiap minggu suami ingin pergi menzirah ibu bapanya yg tgl 15 minit dari rumah kami dan kmi perlu menghabiskan skrg kurangnye sehari disana setiap mgu.. x boleh pegi sejam dua.. Untuk pengetahuan ustza, ibu bapanya telah berusia 60 thn dan suami sy adalah anak bongsu yg tinggal bersama ibu ayahnye selama ini. Tggngjawabnye bkn sekadar menziarah, tp juga membwa ibu bapanye ke mana sj tmpt yg mereka hendak pergi e.g kenduri etc sehingga kadang2 program hujung minggu keluarga kami hanya utk accomodate kemahuan ibu bapanya,

    Sy sbgi isteri yg ada anak kecik berusai 3 bulan kdg2 rasa ingin mghabiskan masa bersama keluarga sendiri (kami bertiga shj) di rumah kadangkala ketika ujung mgu serta mghabiskan keja2 rumah seperti mmbasuh baju etc. Apabila sy sering berjumpa dgn kedua ibu bapnya, sy mule rasa byk perkara yg sy xsetuju ngn parentsnye dan byk benda yg buat sy kecik hati setiap kali sy balik ke rumah parents suami sy.

    perasaan x puas hati ini mule2 sedikit sahaja, tp skrg dh bertambah sehinggakan sy x sedar yg sy tgh ‘dingin’ terhadap ibu bapanya.. sy sudah tidak peramah seperti dahulu. Oleh yg demikian, suami sy marah dan menuduh sy kurang ajar terhadap ibu bapanya sehinggakan kami bergaduh besar.

    Soalan sy.. Adakah salah jika sy meminta suami tidak menziarahi ibu bapanya setiap mgu spt skrg? Apa yg ptt sy lakukan.. sy takut sifat memendam sy ni trus akan merosakkan hubungan sy dgn suami, dan ibu bapa mertua. Sy telah cube berbincang dgn suami ttp suami menganggap sy x menyukai ibu bapanya dan trus tidak mahu meneruskan perbincangan. Sy telah mengambil langkah telan dan pendam sahaja ttp dek hasutan syaitan, kdg2 sy kalah jgk dgn perasaan ini dan mule terdetik utk berpisah.

    • Irhaz Rihaz says:

      wa’alaikummussalam.. sy bukan ustaz ye puan.. sy cuma menulis atas ilmu yang sy tahu sahaja.. puan, sbagai seorang wanita yang bergelar isteri, kewajipan taat yang utama adalah taat kepada suami, puan kena faham berbeza dengan lelaki, di mana ketaatan yang utama kepada wanita adalah ketaatan kepada ibunya. Bermakna berat sungguh tanggungjawab seorng lelaki, menjaga ibu bapa serta isteri.. saya ajukan soalan, andai nanti puan sudah meningkat usia, anak puan seorang lelaki yang kemudiannya akan berkahwin, sudah tentu anak itu juga wajib mentaati puan sebagai ibu, sekalipun anak lelaki puan kelak mempunyai isteri.. sy fhm mungkin puan terasa tidak adil memberatkan ibu bapa sebelah pihak suami sahaja, tetapi puan kena faham jugak adil bukanlah bermaksud bahgi sama rata. Andai kata boleh bahagi sama rata giliran bersama keluarga puan dan suami itu lebih baik sudah tentu.

      Saya bahagikan satu contoh, seorang bapa mempunyai 2 orang anak, seorang laki2 seorang perempuan, lalu dibelikan 2 pasang bau melayu dan dibahagikan kepada anak perempuan dan anak lelakinya.. Adilkah anak perempuan mendapat baju melayu? Bukankah itu adil kerana pembahagian yang sama? Tentu tidak, jadi kena faham adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.. Begitu jugalah bercakap tentang hak, letakkan pada tempatnya, andai tempat keutamaan lebih kepada ibu bapanya (kerana suami puan lelaki) maka puan perlu bersyukur dapat suami yang menunaikan keutamaan tanggungjawab kepada yang lebih utama..

      Jika puan ingin sangat berjumpa dengan ibu bapa puan apa salahnya jika puan meminta izin untuk pergi bersama anak puan? Tidak salah bukan? Itu penyelesaiannya. Mungkin minggu ini dan minggu depan puan bersama suami di rumah keluarga suami.. Minggu seterusnya ajaklah dengan cara baik ke rumah keluarga puan, andai suami menolak apa salah jika meminta izinnya ke rumah keluarga puan? Minta lah izin dengan lembut, kerana sifat lembut dan tangis perempuan ni lah senjata untuk tundukkan ego lelaki =).. Bukan dengan meninggi suara yang boleh membawa pergaduhan dan suami akan terasa hati..

      Perkahwinan puan baru setahun, jadi berusahalah jaga hubungan ini, dalam usaha itu jangan lupa berdo’a semoga berkekalan sehingga ke syurga hubungan yang baik.. Wallahua’lam…

  13. Sal says:

    Assalam…keluarga mertua saya suka menyindir2 apabila saya balik ke rumah mereka. Saya banyak membantu suami kerana suami banyak hutang. Adakala saya rasa tidak berbaloi membantu suami dari segi perbelanjaan kerana layanan yang saya dapat dr pihak keluarga suami. Apabila saya katakan kpd pihak suami bhw suami sy bnyk hutang supaya mereka faham dgn keadaan kami, mereka seakan tidak mengendahkan apa yang saya kata. Tuqn, saya tidak wajib membantu mertua sayakan? Saya wajib taat perintah suami dan hanya perlu beralah dgn mertua, betul begitukan? Abg ipar pernah mengatakan bahawa apabila saya berkahwin dgn suami saya, saya adalah hak keluarga merekq.minta penjelasan. Terima kasih

    • Irhaz Rihaz says:

      Waálaikummussalam.. isteri tidak wajib membantu suami dari segi kewangan, tetapi sunat sahaja.. kerana itu andai kedu2 bekerja, si suami wajib memberi nafkah wang untuk perbelanjaan isteri tetapi isteri tidak wajib memberi untuk suami, hanya sunat sahaja.. Hutang suami puan sunat bantu sahaja, dapat ganjaran yang besar, cuma memberitahu kepada orang walaupun keluarga mentua tentang keadaan suami yang bnyk hutang itu mungkin nnti menyebabkan suami dipandang sebagai seorang yang boros serta tidak tahu berbelanja serta jaga ekonomi rumahtangga, apalagi klu memberitahu tanpa pengetahuan suami dan x dibenarkan suami.. Sebaliknya nasihatlah suami supaya memberitahu keadaan sebenar ekonomi rumah tangga.. mereka boleh menyatakan puan hak keluarga mereka, tetapi hak puan sebagai orang dalam keluarga adakah ditunaikan? sedangkan dalam agama sendiri soal hati dan perasaan walaupun jiran sebelah rumah perlu dijaga (Elakkan umpatan sindiran serta cacian menyakitkan hati).. Puan adalah hak suami puan, puan wajib tunaikan hak suami, dan suami wajib tunaikan hak isteri, soal perasaan isteri adalah hak batin yang wajib dijaga.. Dan suami juga perlu tunaikan hak menjaga keluarga.. tidak semestinya puan beralah, kerana puan ada hak bersuara menyatakan pandangan serta pendapat..

      • Gy says:

        Salam, saya sudah berkahwin selama 18 tahun dan hidup bahagia bersama suami dan 3 orang anak kami. Malangnya ibu mertua saya tidak pernah menyukai saya. Apa saja yang saya buat semuanya tidak kena dimatanya. Didepan beliau berlagak ok tapi bila dibelakang macam-macam yang diperkatakan. Saya telah lama bersabar Dan sekarang tidak tahan lagi dengan lakonannya. Suami saya mengetahui Hal ini sejak dari dulu lagi Dan menasihati saya supaya bersabar lagi. Adakah martabat seorang ibu mertua sama seperti ibu kandung sendiri?

      • Irhaz Rihaz says:

        wslm.. alhamdulillah puan bahagia bersama suami dan anak2 18 thun dan teruskan usaha kekalkan kebahagiaan itu.. Suami puan benar, sabar itu penolong bagi orang beriman kerana itu al-Quran menjelaskan jadikan solat dan sabar itu sebagai penolong.. Martabat ibu kandung itu lebih tinggi pada kita, kerana dia yang melahirkan dan menyusukan serta membesarkan kita.. Tetapi wajib juga menghormati mertua kerana dia ibu kepada suami kita.. Islam bukan menyuruh berbuat baik kepada suami sahaja, malah kepada keluarga suami, begitu juga keluarga isteri.. Samalah seorang anak yang ada ibu tiri, dia wajib utamakan ibu kandung, tetapi wajib juga menghormati ibu tiri kerana ibu tiri adalah isteri kepada ayah anak tersebut.. Cuma masalah di sini mungkin ibu mertua ada yang tidak suka akan perilaku puan tetapi memendam sahaja menyebabkan dia mula sedikit demi sedikit tidak menyukai puan.. Saya tidak menyatakan puan salah, tetapi tiada salah andai puan meminta suami bercakap dengan ibu supaya puan dapat mengetahui salah silap puan atau suami ataupun ada tersilap bicara dan sebagainya, supaya dapat diperbetulkan..

  14. Hamba_Insaf says:

    Assalamualaikum,

    Saya telah berkahwin selama setahun lebih dan Alhamdullilah, isteri saya yang mula nya agak kurang berpengetahuan dalam ilmu dan amalan agama dapat menerima didikan dan tunjuk ajar saya.

    Tapi masalah sejak kami berkahwin adalah ibunya sendiri iaitu ibu mertua saya yang masih membenci saya dan keluarga saya atas sebab negeri asal usul kami yang berlainan dari keluarga mereka. Dia langsung tidak mahu tahu menahu mengenai keluarga saya, dan tidak pernah berjumpa sejak kami berkahwin.

    Isteri saya pula amat menyukai keluarga saya, melayan mereka dengan sebaik mungkin, tapi dia dituduh pula sebagai pengampu mertua oleh ibunya dan dituduh menderhakai ibu sendiri.

    Sebagai suami, saya banyak menasihati isteri saya untuk bersabar dengan ibunya. Tetapi, kasihan juga melihat dia dituduh sebagai anak derhaka dan pengampu, semua kerana dia berkelakuan baik kepada ibu bapa saya. Sekarang kehidupan nya tertekan oleh ibunya sendiri.

    Setiap kali kami pulang menziarahi ibu bapa saya dikampung pun kami dituduh lupa diri dan mengabaikan keluarga sebelah isteri. Padahal, kami menziarahi keluarga sebelah isteri tiap-tiap hujung minggu dan hanya menziarahi keluarga saya dalam 3 bulan sekali. Saya sudah membawa bapa mertua saya berbincang, tapi dia lebih menyebelahi kepada isterinya.

    Ibu bapa saya sendiri pula tidak pernah mengadu apa-apa atau menegur apa-apa mengenai saya dan isteri. Mereka gembira dengan kami dan memahami keadaan dan kesibukan kami.

    Adakah benar saya dan isteri saya ini derhaka kepada ibu isteri saya ini? Sekarang isteri saya sudah berputus asa untuk menziarahi keluarga nya sendiri. Saya pun tidak bersemangat sudah untuk menunjuk muka sebab selalu dipandang hina. Adakah salah untuk kami tidak menjenguk keluarga isteri saya ini? Apa yang patut saya lakukan? memohon nasihat dan tunjuk ajar…

    • Irhaz Rihaz says:

      Wa’alaikummussalam..

      Istilah derhaka hendaklah pada keadaan yang betul dan masa yang betul..

      Sesiapa sahaja boleh mengeluarakan perkataan derhaka tetapi kenakah istilah derhaka itu dengan orangnya dengan keadaan serta situasi?

      Umpama seorang kwan menyatakan kawannya derhaka, maka tidak jatuh istilah derhaka pada kawan tersebut.. Ini membawa maksud derhaka itu hendaklah pada kedudukan yang betul pada orang yang betul..

      Seorang ibu menyatakan anaknya derhaka tanpa alasan yang dibenarkan agama, maka tidak jatuh derhaka pada diri anak tersebut walaupun ibunya menyatakan anaknya derhaka..

      Jika ibu saudara (Maafkan saya, ini sebagai contoh) menyuruh saudara untuk mencuri, dan saudara menolak dengan cara yang lembut seperti anjuran agama, maka tiada jatuh derhaka pada saudara walaupun saudara disebut derhaka beratus kali oleh ibu saudara.. Andai menolak dengan keras dan menyinggung hati, maka itulah derhaka..

      Dalam permasalahan saudara, jika isteri saudara menunaikan hak sebagai seorang anak kepada ibunya, dengan berbuat baik, bertanya khabar, melawat dan sebagainya dan ibu isteri saudara menyatakan derhaka, tidak jatuh derhaka, malainkan itu hanya satu perasaan yang tidak senang dalam hati ibu isteri saudara, mungkin kerana tidak berkenan dengan pilihan hati isteri puan (dalam konteks saudara, mungkin negeri kelahiran membuatkan perasaan ibu mertua tidak senang). Beritahulah isteri saudara supaya jangan bersedih kerana tidak derhaka andai hak ibu sudah ditunaikan, tetapi untuk memuaskan hati ibu dalam segala aspek terutamanya apabila anak sudah tidak berada bersama dengan ibu adalah agak sukar.

      Didiklah isteri saudara supaya janganlah berputus asa sedangkan pernah kah ibu bapa berputus asa dalam membesarkan kita? Hak seorang ibu bapa wajib ditunaikan walaupun seburuk mana pun ibu bapa kita. Maksud surah al-Maidah:8 (saudara boleh rujuk Tafser al-Quran)

      “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”

      Saudara fahami ayat di atas, pada ayat “dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan” Jangan sekali2 kebencian ataupun rasa putus asa dan sebagainya kepada ibu bapa mendorong kita untuk tidak menziarahinya, tidak menghormatinya, itulah maksud ayat di atas jika dikaitkan dalam situasi saudara.

      Keadilan, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Hak ibu, dalam agama wajib ditunaikan. Islam tidak menyatakan “berbuat baik kepada ibu bapa, kecuali yang jahat kepadamu kecuali yang tidak baik kepadamu”, tetapi Islam menyatakan berbuat baiklah kepada ibu bapamu, tanpa kecuali, bermaksud sejahat mana ibu bapa, seburuk mana ibu bapa wajib bagi kita untuk berbuat baik.. Walhal jika ibu bapa beragama selain Islam, wajib untuk kita mentaati nya.

      Semoga dapat membantu saudara dengan ilmu yang sedikit ini.. InsyaALLAH..

      • kb says:

        As’salam, saya baru terjumpa website ini. Persoalan di atas hampir menyamai situasi saya. Jawapan yang tuan berikan sedikit sebnyak mengurangkan dilema hati. Cuma, saya rasa saya hampir jatuh dalam golongan berputus asa..keluarga saya bukanlah org senang..sejak dari zaman belajar saya cuba membantu, sehinggalah 2 orang adik lelaki saya tamat belajar dan berkahwin…tapi saya masih dikatakan tidak membantu..sekarang ni saya rasa sedih terkilan..tp mujur suami sentiasa ada disisi..sekarang ni saya mengurangkan kunjungan ke rumah ibu bapa..sbb saya takut terlepas kata2 yang tidak sewajarnya..berdosakah saya tuan? Suami kata saya tidak dikira derhaka..betul ka?

      • Irhaz Rihaz says:

        Waalaikummussalam.. Klu kita sudah usaha untuk membantu, tidak mengapa.. Manusia kebiasaannya mcmtu, tp hakikatnya hanya Allah dan diri yang tahu situasi sebenar.. Walaubagaimanapun, kita sebagai anak sebagai menantu, kena faham bahawa hormat kepada mereka adalah wajib.. Jadi ada salah silap tu, maafkanlah.. Bagi ibu bapa yang faham, mereka akan tahu apa sebenarnya maksud derhaka.. Jika mereka tahu tanggungjawab utama si anak perempuan adalah pada suaminya dahulu.. Mengurangkan kunjungan tidak bermaksud derhaka, kerana pertalian itu tetap ada.. Jadi sebaiknya berbincang dengan suami, ambil masa juga untuk melawat mereka.. Wallahua’lam..

  15. S bukan nama sebenar says:

    salam,sy baru bernikah dlm masa lebih kurang 3 bulan..sy menetap dirumah ibu sy sendiri dan juga isteri sy selama 3 bulan ini..sebelum ini isteri sy tiada masalah dngn ibu sy..tp sejak akhir2 ni..kami brgaduh..raya pertama pun bergaduh…sy baran..isteri sy pun baran juga…setiap kali bergaduh..ibu sy dibawah akan dengar…itu yg membuatkan isteri sy malu…sehinggakan ibu sy terpaksa cmpur tngan khuatir sy akan apa2kan isteri sy…isteri sy pula sngat membenci bila mentuanya masuk cmpur…dan mulalah ungkit akan apa kebaikan yang telah isteri sy buat kepada ibu sy..contoh bawa ke kedai..pergi sana sani..yg mmbuatkan isteri sy kurang selesa sejak akhir2 ni…apa yang sy perlu lakukan sedangkan kedua2 hati sy perlu jg..kadang2 tu sy hampir menyesal berkhwin pada usia muda sebegini…

    • Irhaz Rihaz says:

      Wa’alaikummusalam.. saudara xperlu menyesal mendirikan sunnah, kerana kahwin awal itu sgt2 dituntut dalam menjaga agama.. Nabi sendiri berpesan “Wahai orang muda, kahwinlah kamu jika tidak mampu hendaklah puasa” kerana apa? kerana dorongan syahwat yang kuat terutama pada dolongan muda, dan dengan berkahwin syahwat dapat ditundukkan, kemaluan terpelihara begitu juga dengan penglihatan.. dengan kahwin agama terpelihara dalam diri..

      Dalam usia perkahwinan yang masih awal dan muda, mungkin akan juga timbul masalah untuk adapt dengan persekitaran keluarga, tambahan pula keluarga menjadi besar dengan adanya keluarga sebelah saudara dan isteri.

      Pertama, saudara sebagai lelaki kena ada kesabaran. Perumpamaan ini samalah seperti saudara seorang ketua bahtera, sudah tentu pelbagai perasaan melayan anak buah serta kelasi, saudara mungkin marah mungkin panas hati tapi sabarlah jalan terbaik.. Andai kata bergaduh, apa salahnya saudara membalasnya dengan percakapan yang lemah lembut? Jika tidak pun apa salah membalas dengan suara yang rendah. Kerana hati perempuan ini sangat sensitif, andai marah di hatinya dibalas dengan marah juga, ia cepat menjadi panas, tapi dengan kelembutan dari lelaki, hati menjadi sejuk.. Wanita juga yang fitrah sifatnya seperti rusuk yang bengkok mungkin meletakkan hawanya didepan dan membelakangkan akal.. Kerana itu bila dia marah, segala apa yang terlintas di hati akan terus diluahkan tanpa fikiran yang panjang, berbeza dengan lelaki dalam marah dia akan berfikir dahulu apa yang akan diluahkan sebagai membalas balik kata2 itu..

      Ibu saudara tidak salah kerana memikirkan sebarang kesan buruk yang mungkin berlaku, kerana dengan marah dan baran ini kadang kala menghilangkan kewarasan bertindak.. Bagi saya, sekadar pendapat, andai timbul lagi situasi seperti ini, saudara nasihatkanlah isteri saudara janganlah mengungkit, saudara ucapkanlah terima kasih kerana membantu ibu saudara, dan dalam masa itu beritahulah isteri saudara kita pun kena berterima kasih pada ibu yang sudi menumpangkan dan menjaga saudara sehingga hari ini mampu berdiri menjadi suami kepada isteri saudara, dan mana tahu dalam diam dia mendoakan kebaikan rumah tangga saudara..

      Kerana beratnya tanggungjawab, saudara perlu sedarkan kepada isteri tentang tanggungjawab. Bagaimana tanggungjawab suami, dan isteri.. Keutamaan kepada siapa jika suami, dan keutamaan kepada siapa jika dia isteri.. Itu lah tarbiyah agama dalam rumahtangga..

  16. azie says:

    Assalamualaikum..

    Saya telah berkahwin hampir 3 tahun dan mempunyai 2 anak perempuan. Sulung berusia 2 tahun 5 bulan dan yang kedua berusia 1 tahun 3 bulan. Saya selalu menghabiskan masa hujung minggu pulang ke kampung sendiri atau ke kampung mertua. Pada hujung minggu lalu ayah mertua, mak mertua dan kakak suami saya datang ke rumah ibu bapa saya kerana mempunyai undangan majlis yang kebetulan berlaku di kampung saya. Namun, perkara yang tidak disangka berlaku. Kedua ibu bapa saya, adik beradik dan adik ipar saya ada di rumah ketika itu menyangka kehadiran mereka untuk beraya dan melawat adik saya yang baru bersalin. Tapi dengan kehadiran yang tidak disangka itu, mereka menyerang ibu dan bapa perihal kekurangan saya di hadapan keluarga saya sendiri. Mereka bercakap seperti apa yang saya lakukan adalah salah dan apa yang anak mereka(suami saya) lakukan adalah betul kerana suami adalah anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Perkara ini telah diberitahu oleh ibu bapa saya sendiri semalam. Apa yang saya dengari seperti pisau yang merobek hati dan perasaan saya. Perlukah segala keaiban diceritakan dan didengari oleh semua ahli kerluaga termasuk adik ipar lelaki saya? Perasaan sebak, air mata mengalir ketika mendengarnya sehingga saya nekad tidak mahu berjumpa dengan semua ahli keluarga mertua selagi mereka tidak meminta maaf atas apa yang berlaku. Saya telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada suami. Namun, dia hanya buat seperti tidak ada apa perkara yang berlaku. Saya tertekan dengan situasi ini. Mohon pandangan.

  17. yuyu says:

    saya sudah 5thn berkahwin, seblum ni mmg kami duduk bersama mertua.sejak mendapat cahayamata pertama, ibu mertua menjadi cerewet ini tk bole.itu tk bole..padahal saya mintak pendapat ibu saya sendiri yg terang2 da melahirkan 8 org anak.walaupun tk suke sya tetap hormati dia..dgn bsabar..sehingga smpi 1 tahap ada pentengkaran antara sya dan suami..mertua bole pengsan hanya kerana sya menepuk bontot anak sya..sya telah di herdik suami..dia mengatakan itu berpunca dari sya…setelah itu sya mmg tekad tk mahu bcakap apa2 dgn mertua, ini kerana jika hal terjadi lg besar kemungkinan akan spt sblum ini.hal cucunya pun nak dicampuri..mencari pengasuh punyalah ssh..anta taska da 3tmpt smpi sya tpaksa mengeluarkan duit sndr tanpa bantuan suami untuk mencari maid agar senang dipantau dan meringgankan kerja2 rumah, dan juga membantu mertua, sewaktu itu mertua sya masih bkerja, mertua sya seorang yg cuak, membolehkan kami ikut cuak sama padahal tiada apa yang terjadi.perangai dia amat merisaukan sya..maid sya tidak dpt bthn lama hanya kerana mertua sya suke mengesyaki mcm2 spt cederakan atau membawa lari anak sya dan hanya kerana telepon rumah tk diangkat sbb rosak.ini membuatkan maid fed up dan mahu pulang.itu pun tk memuaskan hatinya.sya bsusah payah mencari penyelesaian semua nya tk kena. sehingga skrang sya masih ssh nk bckp ngn mertua, suami sya 2org adik beradik sahaja. abgnya di kl.ayah mertua telah meninggal dunia. da menjadi tanggungjawab dia menjaga ibu dia, sya tkpenah nk melarang dia berjumpa ibunya,sekarang kami tinggal berasingan tp mertua sering dtg melihat cucunya, sya jadi rimas dan tkselesa sbb sya ingt da pindah skali seminggu bole la jengguk mertua, biar ada sedikit jurang dgn cucunya, sya risau anak sya akan tlebih dimanjakan umpama nyamuk pun tkbole sentuh, akan menyebabkan anak sya menjadi tk dengar kata.mertua mmg suke melayan anak sya ape yg dia nk diturutkan, tk kisah penat ke tk, tp sya tk suke la klu dgr keluhan mcm2 slps tu. da rajin melayan kenelah tanggung.lg mertua bknnya sihat sgt.anak sya mmg aktif.

  18. Ingin tahu... says:

    Assalamualaikum wrt…saya mempunyai keluarga bahagia..alhamdulillah…saya dikurniakan seorang suami yang penyabar, penyayang dan bertanggungjawab. Kami telah berumahtangga hampir 5 tahun dan baru sahaja dikurniakan seorang cahayamata baru-baru ini. Untuk pengetahuan, saya bekerja dan pandapatan saya lebih tinggi dari suami. Segala keperluan rumahtangga kebanyakannya dibawah tanggungan saya. Namun, saya tidak kisah kerana hubungan saya dan suami memang baik ..kami sentiasa sepakat dan menjaga keharmonian rumahtangga saya. Saya bekerja juga atas keizinan suami dan ingin membantunya. Dalam masa yang sama Saya juga sedang menyambung pengajian saya ke ijazah lanjutan. Ini juga demi masa depan saya sekeluarga dan anak kami. Alhamdulillah suami sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Suamilah kekuatan saya.
    Masalah saya adalah urusan keluarga saya sering dicampuri oleh keluarga mertua. Bapa mertua saya tidak bekerja, namun ibu mertua saya bekerja dan pendapatannya agak lumayan berbanding pendapatan saya dan suami. Bapa mertua sering minta duit pada suami. Saya tidak menghalang suami kerana itu tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Namun, bapa mertua bukan sekadar minta duit suami saya walaupun bapa mertua maklum kewangan anaknya, tapi bapa mertua sering minta duit dari saya pula dan berpesan jangan beritahu sesiapa terutama ibu mertua saya. Saya serba salah kerana kewangan keluarga saya banyak terbeban kepada saya, lebih2 lagi saya baru melahirkan cahaya mata..sudah tentu keperluan kewangan makin bertambah. Saya beritahu bapa mertua tunggu sehingga suami saya balik dari kerja (saya lebih suka bapa mertua minta duit melalui suami bukan kepada saya secara langsung), namun bapa mertua minta saya pergi ke bank serta merta dan berjanji akan bayar semula(tapi tak bayar pun). Saya terpempan kerana ia dah memaksa saya..tapi, saya takut menjatuhkan air mukanya sekiranya saya tidak beri,berat langkah saya pergi juga ke bank untuk keluarkan sejumlah wang, walaupun kewangan saya memang cukup2 untuk keperluan sekeluarga. Saya bertanyakan hal ini kepada suami…suami tidak tahu yang bapanya meminjam duit dari saya…suami juga sedih dengan tindakan bapanya. Namun, kami hanya anak menantu..sukar untuk membuat apa2. Saya tertekan dengan keadaan bapa mertua. Soalannya: Adakah menjadi kewajipan saya (menantu perempuan) untuk memberikan duit kepada ibubapa mertua, sedangkan suami telah pun memberi?

    Dalam hal yang lain pula, ibu mertua setiap malam datang ke rumah kami (isnin-jumaat) selepas isyak jam9 hingga 11.30 malam…saya tidak selesa dengan kunjungan seharian kerana, kami tidak ada masa privacy..suami bekerja jauh keluar rumah jam 6.15 pagi dan pulang kerumah jam 8 malam…kadang2 suami belum sempat makan malam ibunya telah datang berkunjung…kadang2 bayi kami telah tidur tapi ibu mertua kejutkan untuk bermain..sedangkan saya perlu menyiapkan tugasan2 pengajian saya pula pada sebelah malam…kalau jam 11.30 malam atau jam 12 baru balik..bila pula waktu saya utk menyiapkan tugasan? Esok pagi perlu bekerja..dan saya juga sekarang sedang hamil anak kedua…saya juga perlukan masa untuk berehat…saya jadi amat tertekan, kerana saya bermain dengan masa deadline menghantar tugasan. Saya ada berbincang dengan suami, tapi suami takut untuk beritahu ibubapanya kerana takut dicop anak derhaka…saya juga tidakmahu kecilkan hati mereka…tapi sebaliknya saya amat tertekan. Keluarga mertua juga sering minta kami pulang kerumah setiap hujung minggu, sedangkan kami ada perancangan hujung minggu. Kalau kenduri kendara tidak balik, maka mereka akan marah. Suami anak sulung, adik beradik yang lain tinggal sebumbung dengan ibubapanya, kami sahaja yang tinggal berasingan. Saya ingatkan bila kami tinggal berasingan hidup kami lebih bebas, tetapi kami masih juga dikongkong. Bila waktu hari raya, kami suami isteri telah mengatur pada awal perkahwinan bergilir2..tapi bila waktu saya pulang kerumah ibubapa saya hanya raya pertama sahaja di rumah saya, baki seminggu dirumah ibubapa mertua. Banyak urusan suami perlu rujuk ibubapanya..kadang2 saya rasa seolah2 ibu mertua saya tidak mahu melepaskan anaknya walaupun telah berkeluarga. Perkara ini menyebabkan kadang2 saya dan suami selisih faham.
    Apa pandangan tuan supaya saya dan suami tidak termasuk dalam kategori anak dan menantu derhaka? Tapi dalam masa yang sama kehidupan kami suami isteri lebih aman damai dan bahagia?

    • Irhaz Rihaz says:

      1- Tidak wajib memberi pada ibu bapa mertua, sekadar sunat sahaja untuk menolong, dengan izin suami.. Jangankan ibu mertua, ibu bapa sendiri pun tidak wajib puan memberi wang, melainkan untuk menolong dan atas izin suami.. bermaksud jika ibu bapa sendiri meminta wang, puan mestilah minta izin suami untuk memberi wang tersebut.
      2-Semua atas keizinan suami puan, jika suami x izinkan maka ibu sendiri pun tidak boleh masuk ke rumah. Jika ibu terasa, tidak jatuh derhaka kerana keutamaan taat pada arahan dan izin suami berbanding ibu dan bapa.
      3-Suami wajib taat pada ibu walaupun selepas berkahwin, bukan maksud tidak boleh untuk tegur dan nasihat, jika dinasihat dengan baik dan berhemah, mestipun dari mulut ibu menyatakan anak derhaka, tidak jatuh anak derhaka kerana suami telah meletakkan hak menegur dengan baik terhadap ibu bapa.
      4-Suami boleh memberitahu apa kehendak sebenar selepas berkahwin pada keluarganya, boleh menyatakan ingin berdikari dalam masa yang sama tidak melupakan ibu dan bapa. mohon pada ibu bapa buka ruang untuk berdua.
      5-Tidak perlu risau, status anak derhaka perlu kena pada situasi. Adakah sekadar teguran untuk memperbaiki kehidupan dengan cara yang santun itu dikira derhaka?

      • nabila says:

        klu suami kita yang bagi duit mua untuk segala perbelanjaan .. tetapi mak dia yang melebih?

  19. Saab Viggen says:

    Kalau mertua yg pemabok dan kaki perempuan dan berjudi. Patut kah menantu memarahinya dengan tegas.

    • Irhaz Rihaz says:

      Patut menegur dengan tegas, tanpa menolak nilai santun.. Santun bermaksud dengan kata dan nada yang dijaga, dan tegas itu bermaksud menyatakan yang salah itu tetap salah.. menantu yang baik sentiasa menegur untuk kebaikan.. dalam Islam, setiap apa yang dilarang ada kebaikan untuk manusia itu, cthnya larangan minum arak untuk menjaga kesihatan, jadi menantu yang menegeur itu telah membawa kebaikan kepada diri dia dan mertuanya..

  20. Juha says:

    Saudara Irhaz,

    Mohon email saudara. Masalah saya agak panjang untuk diceritakan di sini.

  21. Wifey says:

    Assalamualaikum, saya cuma ingin tahu adakah wajib saya sebagai isteri menjaga ibu dan bapa mertua? Mertua tinggal bersama kami, kadang kala saya seolah2 tidak mempunyai privacy. Suami saya sering out station bila Suami di rumah perangai mereka OK…. Tapi bila Suami tiada bapa mertua sering bermasam Muka…. Suami pula seolah2 memberi saya 100% tanggungjawab untuk menjaga mereka sedangkan saya mempunyai dua anak kecil untuk dijaga. Perangai bapa mertua saya sering me buat saya berasa hati…. Saya sentiasa bersabar Kerana megenangkan dia Lebih tua Dan sy harus menghormati beliau…. Saya sering Cuba berbincang dgn Suami tapi Suami menegaskan ia adalah tanggungjawab saya sebagai menantu…jadi saya ingin bertanya adakah wajib untuk saya menjaga mertua? Sedangkan Suami tidak pernah melayan ibu bapa saya seperti dia melayan ibu bapa Sendiri….itu membuatkan saya Lebih berkecil hati

    • Irhaz Rihaz says:

      wa’alaikummussalam.. saudari menilai lah sendiri pada kata2 ini, bila wanita berkahwin, wajib dia taat pada suami (pada perkara yang x bercanggah dengan syarak) dan wajib juga dia hormat keluarga suami. Begitu juga suami, wajib dia menjaga isteri dan menjauhi menyakiti isteri, dan wjib juga dia hormat keluarga isteri.. tanggungjawab isteri 100% pada suami bukan pada keluarga suami, maksudnya bukan menolak isteri untuk tidak menjaga keluarga suami, tetapi keseluruhan tanggungjawab isteri WAJIB kepada suaminya sahaja.. Tggjawab suami berat, dia perlu lebihkan taat pada ibunya melebihi isterinya, tetapi dalam masa sama hendaklah adil iaitu meletakkan tanggungjawab juga menjaga kebajikan kedua keluarga, itu wajar diingat.. Sekian..

  22. warda says:

    assalamualaikum….. minta jelaskan pada soalan saya ini… apakah hukum mertua dengan menantu sama ada bapa mertua dengan menantu perempuan dan juga menantu lelaki dengan ibu mertua??? adalah muhrim dan haram berkahwin??

    • Irhaz Rihaz says:

      wa’alaikummussalam.. minta lihat pada ayat ini :

      Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

      Jadi, kepada wanita, tiada aurat pada suaminya, dan kelonggaran pada bapa suami, maksud dibolehkan memakai yang biasa2 di hadapan bapa suami, boleh bersalam begitu juga lah sebaliknya dengan lelaki kerana sudah dikira mahram..

  23. warda says:

    oleh hal yang demikian, ada sesetengah mengatakan ia bukan mahram…. malah saya dicaci oleh sahabat-sahabat yang mengatakan ia bukan mahram…

    • Irhaz Rihaz says:

      mereka xsepatutnya mencaci, jika cacian dilemparkan, tnya kepada mereka dalilnya dari mana? tidak batal wuduk bersentuhan (bersalaman) dengan mertua, haram pula nikah dengan mertua walaupun selepas bercerai, begitu juga anak lelaki haram juga menikahi ibu tiri walaupun ayah sudah bercerai dgn ibu tiri.. saudari rujuk pada surah an nisa ayat 23 sebagai dalil menyangkal hujah mereka yang menyatakan mertua bukan mahram..

      “ Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan). (Surah An-Nisaa’ : Ayat 22)

      maksudnya jika lelaki itu bercerai dgn wanita, dan ibu wanita (mertuanya) itu single, haram utk dia menikahi ibu isteri yang diceraikannya, begitulah kesimpulannya.. mertua adalah mahram kekal..

  24. Mintak Saudara Irhaz Rihaz bagi pendapat masalah saya :-

    Saya seorang suami yang di dalam dilema mengenai sikap mertua saya dimana ibu mertua yang lebih2nya seperti tidak boleh terima anaknya (isteri saya) sudah bersuami.Hampir 3 tahun kami berkahwin, baru saya tahu yang ibu mertua saya tidak suka kepada saya.

    Saya tiada berfikir yang tidak baik kepada mertua, selalu pulang ke kampung.Bila Mertua telefon suruh balik, kami pulang, dan saya buat seperti ibu bapa kandung saya.Dalam masa yang sama bila pulang saya kena perli, marah pun ada, saya ingat perkara seperti ini biasa dalam keluarga isteri saya.ada masa , ibu mertua menyuruh saya menghantar isteri saya balik ke kampung duduk dirumahnya semingu, ada dua minggu.Untuk pengetahuan saudara Irhaz Rihaz mertua saya tidak pernah ziarah rumah kami mula kami masuk rumah sebagai suami isteri hingga berpindah ke kampung.

    Dalam 1 tahun perkahwinan ibu mertua saya banyak menghubungi isteri saya melalui telefon, boleh di katakan hampir tiap2 hari.Malangnya bukan semasa saya tiada dirumah, yang paling kerap dalam pukul 9.30pagi semasa saya berada di pejabat.Isteri saya ni surirumahtangga sepenuh masa.Ada saja tidak kena pada saya yang isteri saya nampak.Kami bergaduh benda2 yang remeh temeh dan isteri saya seperti tidak boleh ditegur kesilapan.

    Hinggalah selepas setahun, saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung saya dan berniaga.Saya tinggal dengan ibu bapa saya, isteri saya tiada masalah, tetapi mertua saya seperti amat2 xsuka, dia kerap menyuruh isteri saya mintak duduk rumah lain dengan ibu bapa saya sedangkan kami tiada masalah.Kami banyak bergaduh atas desakkan mertua, isteri saya seperti melawan kerana hendak memenuhi apa yang ibunya hendakki.

    Hinggalah saat paling besar dalam 2 tahun perkawinan kami, ibu mertua menyuruh isteri saya berpantang di rumahnya dan pulan awal 1 bln dari tarikh kelahiran.Anak pertama dirumah ibu bapa saya,Jarak rumah mertua saya dengan rumah saya 5jam perjalanan kereta.agak jauh.Tapi mengenangkan ibu bapa sy penuhi kehendak mertua saya, Dalam masa 2 bln dirumah di umah mertua, 1 bln tunggu due date & 1 bln berpantang, kami bergaduh sepanjang masa.

    .Dalam pergaduhan kami hampir bercerai, walaupun anak ke2 baru sahaja lahir.Habis berpantang dan pulang kerumah kami (rumah ibubapa saya) hampir 2 bln pula kami bergaduh dan hampir bercerai.Yang kesian kepada ibu bapa saya dan anak sulung yang selalu melihat pergaduhan kami.Ibu bapa saya banyak menjadi orang tengah dlm pergaduhan kami.Dalam tegang hingga hendak bercerai, sy tanya apa sebenarnya masalah yang dia banyak melawan, cari salah saya.

    Rupa2 baru saya tahu dan isteri saya mengaku rupanya2 ibu mertua saya banyak menghasut dan mereka2 cerita mengenai saya.Isteri saya sebenarnya saya kepada saya dan keluarga kami dan juga ibubapanya.Tapi dia tidak boleh menceritakan perkara buruk kepada saya.Jadi perkara ini menjadi tekanan kepadanya tambahan pula bila berjauhan selama 2 bln dan termakan dengan apa mertua sy bgitahu menyebabkan die nak melawan dan marah kepada saya.

    Banyak lagi yg sy rasa xpatut saya bagitahu.sy ceritakan disini untuk sedikit sebanyak ada gambaran yang sy lalui.

    Sekarang ini saya rasa ibubapa mertua saya merupakan ancaman kepada keluarga saya.

    -Bolehkah saya tidak pulang kerap dan menjauhkan keluarga saya dari mertua untuk mengelakkan perkara yg xelok pd isteri saya.Tambahan pulabila pulang kesian kepada anak2 asyik kena perli dgn mertua sy.

    – Saya berperang dengan diri saya, dari lubuk hati saya sangat2 membenci dan menyampah kepada mertua saya dengan apa yang mereka lakukan.Tidak baik membuat perkara buruk kepada mereka.

    Sekarang genap setahun saya sekeluarg jarang pulang ke rumah ibu bapa isteri saya.Sedangkan mereka kerap telefon suruh pulang.Saya juga ambil telefon isteri saya,kalau mereka nak bercakap dengan anak mereka kena telefon saya.Saya kawal hubungan mereka. Hasilya kami tidak bergaduh, isteri saya pun tiada kemurungan dan nak cari pasal dengan saya,

    Persoalannya :-

    1.Berdosakah saya seperti menjarakkan hubungan anak dengan ibubapa ibarat menjarakkan hubungan silaturahim.

    2.Derhakakah saya sebagai anak menantu melakukan sedemikian bertujuang melindungi keluarga saya.

    3.Apa yang harus saya buat dengan kebencian saya terhadap mertua saya, kerana mereka tidak berubah.menyerang kami sekeluarga.Saya sebolehnya tidak mahu melwan.

    Harap bagi pandangan.terima kasih.

    • Irhaz Rihaz says:

      assalamualaikum saudaraku yg disayangi.. ini sekadar pandangan sy, dan jika ada kesilapan maka jauhilah dan jika ada manfaat insyaallah, sama2 kita ambil jadikan panduan..

      1-Hukum memutuskan silaturrahim jelas haram, dalilnya dari nabi menyebut tiada syurga bagi yang memutuskan silaurrahim.. Adakah memutuskan silaturrahim itu maksudnya tidak berhubung dan berjauhan semata2, andai kata seorang sahabat berpisah dalam tempoh yang lama dan tidak berhubung (contohnya 10 tahun) adakah maksudnya mereka memutuskan silaturrahim? Tidak kan.. Bagaimana pula jika 2 orang sahabat dalam 1 rumah, walaupun x berjauhan tetapi mereka bermasam muka dan tidak bertegur, serta saling membenci, dan mereka tu berperangai tidak mahu lgsg ambil tahu masalah rakan, dan siap menyatakan aku xnak berkawan dengan kamu, disusuli dengan perbuatan mengasingkan diri, adakah mereka yg xberjauhan tetapi berperangai sedemikian masih dianggap bersama dlm silaturrahim, tidak, kerana perbuatan mereka tu menjadikan silaturrahim mereka putus, itu berdosa.. Menjarakkan diri x bermaksud memutuskan silaturrahim, dalam keadaan yang boleh menimbulkan kekacauan dalam keluarga, umpamanya dlm cmpurtgn keluarga boleh menyebabkan penceraian, maka berjauhanlah dri keluarga dan berdua lah bersama isteri bagi berbincang, dalam masa yg sama andai mertua perlu pertolongan, kita menolong dan menlak kebencian, itu x dikira memutuskan silaturahim..

      2-Tiada istilah menantu derhaka, melainkan kepada ibu sendiri. Maksudnya jika ibu mertua menyatakan kamu derhaka menantuku, jadi tidak lah dikira derhaka menantu tersebut, sebaliknya jika isteri membelakangkan suami walaupun untuk keluarga isteri sendiri dan suami tidak redha, maka itu dikira isteri yang derhaka. Contohnya isteri meninggalkan suami tanpa keizinan walhal untuk bertemu ibu dan bapa isteri, tetap tidak dibenarkan andai tidak diredhai oleh suami. Ini menunjukkan islam mengangkat darjat lelaki sebagai ketua keluarga selepas bernikah. Tanggungjawab suami berat, menjaga keluarga sendiri (ibu dan ayahnya juga) dan menjaga isteri serta keharmonian hubungan keluarga isteri. Jadi dengan tujuan menjaga keadaan keluarga menjadi lebih baik jadi sebaik2nya saudara jauhkan keluarga dari campurtangan mertua dsb.. Menerima pandangan mertua x salah, tetapi klu mertua itu meletakkan pandangan mereka itu sebagai MESTI DIIKUTI menantu, itu yang menimbulkan kucar kacir. Sebaiknya saudara jawablah begini, (Sy hargai pandangan ibu/mak/ayah tetapi biarlah saya yg ptuskan sebab tggjwb sy sepenuhnya atas keluarga sy dan isteri sy.) kerana dalam islam sendiri, mmg itu tggjwb sepenuhnya si suami.. Andai isteri sakit, tidak wajib utk ayah isteri saudara membelikan ubat dan rawatan, tetapi saudara yang WAJIB atas segala itu.

      3-Yang ke3 jawablah dengan hikmah seperti disebut dalam jawapan kedua. Beri contoh spya mereka fhm.. Mgkin org tua2 tidak tahu sgt asas rmhtgga islam dan mereka mengikut pada adab yang mertua itu diutamakan mcm mak ayah sendiri melebihi tggjwb suami isteri, jelaskan apa jua terletak pada suami, dan suami berhak atas isteri, suami berhak putuskan kerana diakhirat suami akan ditanya tggjwbnya..

      Wallahua’lam. Kalau ada kesilapan mohon ditegur sama.. InsyaALLAH..

  25. Terima kasih atas nasihat yang baik.

  26. mimi says:

    Assalammualaikum..
    saya dah masuk thun ke 6 berkhwin..sy mmpunyai masalah yg sama dr dlu hingga sekarang.. ibu mertua sy sering masuk cmpur dlm urusan rumah tgga kami dan juga beliau suka mencari kesalahan keluarga sebelah sy dan becerita dgn suami sy keburukan keluarga sy seolah2 dia sengaja menjarakkn hubungan suami dgn ibu bapa n adik2 sy.. sejak sy berkhwin sy rsa hubungan sy dan ibu bapa serta adik2 x mcm dlu..dgn sikap ibu mertua sy yg sering terasa n kecil hati bila suami sy nmpak berbaik dgn keluarga saya..sedikit sebanyak telah merenggangkan suami saya(anaknya) dgn keluarga sy demi mnjaga hati ibunya.. malahan hubungan suadara mara sebelah sy juga telah mnjadi renggang kerana sikap suami.. kenduri kendarai jarang dpt dihadiri demi mnjaga hati ibunya berbanding sebelah saudara maranya.. ibu mertua juga tidak mengendahkan keluargha sebelah sy dan hanya gembira bila selalu n sering berbicara mengenai keluarga sebelah meraka sahaja dgn suami.. sedangkan suami mengabaikan hak saya n keluarga tambahan sekarang ibu mertua tinggal sebumbung.. saya amat tertekan dgn keadaan ini.. hy airmata yg memujuk hati saya..suami telah byk berubah x seperti di awal perkhwinan kami suami rapat dgn keluarga n juga saudara mara saya.. harap diberi pendapat dan nasihat. terima kasih

    • Irhaz Rihaz says:

      Wa’alaikummussalam.. Walaupun mertua wajib kita hormati kerana dia adalah ibu bapa suami kita, dan dia leih senior dari kita, tetapi jelas sekali apa jua perbuatan yang boleh membawa kepada keretakan silaturrahmi adalah diharamkan, dan tegahan keras dari nabi bahawa jika siapa itu membawa kepada putusnya silaturrahmi, dia x dpt mencium bau syurga..

      Suami, dia wajib mentaati ibunya dalam apa jua keadaan, melainkan yang jelas menjauhi syara’, tetapi tidak dengan cara yang kasar. Itu ajaran Islam. Saya bagi contoj jelas, seorang ibu meminta anaknya mencuri (sebagai contoh), dan mencuri itu jelas haram, dan si anak menolak suruhan ibunya itu dengan cara baik, lantas ibunya terasa hati kerana anaknya tidak mendengar suruhan ibunya, adakah anaknya derhaka? Tidak kerana suruhan itu jelas haram, dan jika ibunya terasa sekalipun, tidak jatuh derhaka ke atasnya. Melainkan jika dia menolak suruhan ibunya itu dengan memukul ibunya, maka dia derhaka.

      Disini jelas, apabila si ibu terasa akan perkara yang tidak sepatutnya, umpamanya mencemburui hubungan anaknya dengan mertuanya, sedangkan si anak tidak mengabaikan ibu kandungnya sendiri, maka si ibu itu yang bersalah kerana membenci ukhwah yang baik antara anaknya dengan mertuanya, sedangkan anaknya itu sedikit pun tidak mengabaikannya. Jadi jika berlaku situasi seperti ini, xperlu takut, kerana tidaklah dikira derhaka anak itu. Sama situasi seperti ini, mertua kepada suami iaitu ibu kepada isteri mengajak untuk menghadiri kenduri, dan undangan wajib dipenuhi melainkan atas keuzuran, lalu ibu kepada suami berkecil hati sedangkan tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh suami, maka tidaklah dikira berdosa suami itu,tetapi jika ibu terasa jika suami memberatkan hanya keluarga isteri sahaja, sedangkan undangan untuk majlis dikampung xpernah dipenuhi dan hanya memenuhi undangan sebelah pihak isteri sahaja, maka berhati-hatilah para suami, kerana menyebabkan ibu berkecil hati kerana rasa terabai.

      Tinggal sebumbung tidak salah, tetapi kenalah pandai mewujudkan keadaan yang harmoni. Mungkin tidak perlu saya hurai dengan lebih panjang lagi, kerana sy sudah pun menulis tentang pendekatan mertua terhadap menantu, jadi boleh rujuk di ruangan :

  27. Azuf says:

    Assalamualaikum,
    Harap luangkan masa utk masalah saye.

    Saya pernah menyakiti hati mertua saya sehingga menjadi isu yang menjatuhkan maruah sya di mata keluarga mertua saya,ceritanya bermula apabila suami terlibat dlm kemalangan,suami hanya patah di bahagian paha dan pasti tidak dpt berjalan,namun dia boleh menguruskan diri tanpa bantuan org lain,kami tggal di selatan tanah air dan keluarga kami semua tiggal di selangor.
    Walaupun sya bekerja dgn 3 org ank yg msh kecil termsuk 7 bln,saya berusha memenuhi keperluan suami yang sakit,seprt bangun awal pg utk msk hidangan tengahari.pasti tidak sesempurna istri yg tidak bekerja ..sbb sye pn perlu mnguruskn 3 org ank utk d hntar ke tadika dan taska dan beregsa ke pejabat.tp sekurang2nye saye berusha utk mmenihi keperluan suami.
    Ibibapa Mertua saya datang utk menjaga suami saya bersama k.ipar (ibu tunggal) dan ank.(anaknye mmg berada dirumah saya utk temankan suami sementlah saye bekerja).ye saya bleh terima..tp saya kurang selesa krna dia mbawa sekali ank yg lain.dan dgn satu alasn saya x jaga mkn minum suami .ye saya akui..saya msk simple..hr2 mase sye shat pun saya akn msk simple2 kecuali hr cuti.mereka berada sminggu lebih dirumah saya.kisah bermula apabila saya rasa sedih apabila mereka buat rumah saya seperti rumah mereka sendiri..saya seorang yang pembersih tapi keluarga mertua sebaliknye..smpi sye menangis lihat rumah sye kelam kabut..sdh tiada privacy utk sya..sya pun jauh dgn suami..krana merak ank branak sentisa bersama..rumah sye ni kecil shaja..so dpt bygkan..klu dh ramai..nk duduk pn x selesa.mertua ple sntiasa berada di ruang tamu n hadapan tv ..menumpang di bilik suami d tingkat bawah..saya spt sudah tidak jadi tuan empunya rumah.dr situ,.bila saye kecewa..saya tdk bertegur sapa n tidak melayan mereka shgga mereka pulang.kbetulan adk ipar saye yg jg kwn baik saye sms d ipt..jg dtg mlawat abgnye..maka dia tahu ape yg terjadi.dia bgitu mrh dgn saya krn saya biadap dgn ibubapanye,,sgla yg bruk ttg saya..suami sye tanpa segan silu mengadu perangai saya kpd ibu dn adi bradik..tanpa sikit pun dia bertanya pd saya mngapa sya begini begitu..x skit beri nasihat pd sye ape yg sye lakukn itu smua krn ikutkn perasaan.
    Persoalan saya.
    Apakah pandangan ustaz tentang sikap suami saya yang suka mengadu hal keburukan saya pada ibubapa n keluarganya.tanpa menegur @ nasihat saya dahulu.sebagai wanita kadang kala lupa apa yg kita lakukan hanya menurut hawa nafsu,
    -Apakah seorang mertua tidak perlu menjaga adab sopan ketika di rumah anak menantunya sehingga mnumbulkan ketidakselesaan pada menantu.
    -Apakah patut seorang mertua menganggap menantunya tidak menjaga suami(anaknya) yang sakit padahal Si isteri berusha ke arah itu.
    – apakah yang patut dilakukan mertua sekiranya kehadiran mereka kerumah ank menantu menimbulkan ketegangan anak menantu.
    -Apa pandangan ustaz..tentang suami yg tidak mengendahkan isteri ketika dia bersama keluarganya.(isteri berkecil hati)
    -Walaupun saya tahu ..wajib saya meghormati mertua..tp ape pandangan ustaz krana sikap buruk mereka.(yg bertentangan dgn agama & adab sopan).saya gagal menghormati mereka.
    -skrg saya tidak tahu kedudukan saya pada kelurga mertua sedangkan suami sndr tlh memburukn saya,saya ade minta maaf pada mertua saya ttg ape yg saye lakukan sblm mrka pulang,
    -dan suami saya pula jenis tidak mahu berbincang skurang2nye utk mperbaiki keadaan .
    -Apakah seseorang itu berdosa krna tidak melayan saudaranya dgn baik dirumahnye dimana kehadiran saudaranya itu tlh mnimbulkan ketidakselesaan pada tuan rumah
    Harap ustaz dpt beri pandangan & nasihat ttg masalah saye.

    Terima Kasih

  28. yhen says:

    Assalamu’alaikum ustaz… bulan lalu saya sempat memaksa suami saya untuk pulang. karena sudah 3 bulan dia meninggalkan kami untuk bekerja.selain itu dia sudah sangat jarang berkomunkasi dengan saya. selama bekerja, dia tinggal bersama kakak perempuan dan ibunya. saat itu ibunya sedang sakit, namun saya tidak tahu sakit ibunya itu sangat parah. akhirnya dia meningalkan ibunya tanpa pamit, sebuan kemudian ibunya meninggal, yang ingin saya tanyakan adalah:
    1. apakah saya termasuk durhaka kepada suami dan ibu mertua?
    2. sebelumnya saya pernah berjanji kepada ibu mertua ntuk datang menjenguknya bila libur tiba. ketia libur saya tidak datang. bagaimana cara saya untuk memenuh janji saya ustaz?
    teriamkasih sbelumnya.
    (catt: dalam hal ini suami saya sangat jarang memperhatikan ibunya sendiri, ustaz)

  29. kebinggungan says:

    Assalammualaikum ustaz…
    saya nak tanya…adakah salah bila isteri menyatakan ketidakselesaan terhadap adik ipar lelaki..
    ini kerana saumi ingin mengajak adiknya duduk bersama…saya menyatakan perkara tersebut kerana suami saya bkerja shift.Saya serba salah terhadap suami mahupun family mertua…

    • Irhaz Rihaz says:

      wslm.. xslh menyatakan sebab keselesaan tu hak isteri juga.. bila berkahwin kita berkongsi jd tidak mutlak pd lelaki shja malah isteri blh menyatakan pndgn pd suaminya..

  30. isteripilu says:

    Assalamualaikum…ini adalah sekadar berkongsi cerita dan luahan hati sy..skrg ni sy amat tertekan dengan alam rumahtangga sy iaitu yg melibatkn mak mertua..sy dah mendirikan rumahtangga hampir setahun dan memang tempoh baru lg tapi sy tertekan dan tidak tahu sampai bila berakhir sume ni..sy bersyukur kerana sy dpt suami yg penyayang n bertanggungjawab..die sempurna bg sy..masalahnye sy sebumbung dengan keluarga mertua utk sementara..sy amat tertekan dengan sikap mil yg slalu bongkak dan sombong.difahamkan mil sy adalah berpangkat dato.sy sedar yg sy ni dari kampong tapi mil sy slalu bandingkan dengan menantu pompuan yg lain.padahal menantu yg lain tidak tahu langsung masak n berkemas..menantu yg lain sudah duduk asing kecuali sy n suami..mil slalu hadiahkn brg mahal2 pd menatu pompuan yg lain tp dgn sy amat berkira..sebenarnye mil keberatan utk kami berpindah sbb mil banyak bergantung dgn suami sy tapi x pernah mil hargai..utk pengetahuan suami sy adalah anak dr seibu tp bkn sebapa..tp suami x kisah sume tu..die anggap sume ni sbg pengorbanan utk keluarga..tp yg sy plg geram utk sebarang biz suami sy mil sruh berkongsi untung dgn adik yg lain tp bl dorg untung x prnah bg skit pun pd suami sy..terang2 suami dianak tirikan..tp suami amat penyabar..tp alhamdullilah wlpun dorg bt cmtu rezeki suami sentiasa ada kerana suami mmg mahir dlm sebarang biz..bygkan suami sy yg beli brg dapur tp bl adik suami dtg rumah, mil sy kutip brg2 tu bg kt dorg.. hampir 2k utk brg dapur shj dlm sebln.. sy kesian sgt dgn suami sy..sy dh ajak perpindah tp suami sy tgh mencari rumah yg sesuai..lg satu, suami sy mempunyai adik austism berusia 21 thn..selama ni suami sy yg amek berat kelngkapan kolej adiknye..tp adik2 yg lain langsung tidak peduli..sy amat sedih dgn keluarga suami sy agak kurang agama spt fil yg x prnah solat jumaat, isteri adik suami pula berpakaian yg teramat seksi, dan plg sy terkejut adiknye ade membela anjing n dorg sy jarang nmpak solat..suami sy je x mcm tu sbb semasa kecil die dididik oleh neneknye sbb tu lah berlainan dr segi didikan agama..difahamkn sy sorg je yg memakai tudung..diorg terlalu moden..sy mcm xleh trima..sy x tahu nk bt ape..sy hanye mampu doakn yg terbaik n bukakan hati suami sy untuk berpindah..sy rse bl duduk asing lg byk kebaikan dr keburukan..sy pun xnak menambahkn dosa iaitu aurat antara sy n bpk mertua tiri sy… sy hanye berserah pd Allah..semoga memberi jalan dan petunjuk..amin…

  31. Amani sofea says:

    Salam ustaz.. Ni masalah sy..

    Sy dah berkahwin selama 3thn.. Dan dikurniakan 2 cahayamata.. Sblm ini sy bekerja, sy ltk jawatan sebaik sahaja suami mengambil keputusan untk kembali ke msia krn xnk berjauhan dgn sy..so..dgn itu sy mengikutnya blik ke jb dan menyewa rumh di sn.. Hubungn sy dgn mertua xde mslh.. Sehinggala kami terpaksa berpindh ddk dirumh mertua iaitu mak kpd suami. Yg menjd mslhnye.. Mertua sy x bg kami beli rumh.. Dia suruh smbg umh dia untk dijadikn rumh untk kami.. Bila sy fikir.. Itu bkn idea yg bgs..sbb of ckz sume bil2 yg beratus2 tu suami kn byr gara2 rmi yg menggunakannya..ye..mmg anak lelaki tanggugjwb pd makayahnye..tp tak blh ke ustaz..klu kami nak idup berdikari.. Klu diikutkn gaji suami sy ckp untk kami sekeluarga.. Tp bila ddk dirumah mertua keadaan menjd teruk.. Perancgn ingin mengurangkan kos sewa rumh yg agak mhl dikwsn itu.. Ttp lain jadinye.. Kami kerap bergaduh.. Bil meningkat.. Disbbkn mertua sy menjg cucu2nye yg masing2 sbk dgn gadget.. X kire time main tekan sume…sdhla rumah x bg kami beli..kereta pon x bg.. Keluarga makin mmbesar.. Sume tanggungn dlm rumh tu terltk di bahu suami sy..ye..sy fhm.. Tugs anak lelaki..mmg ptt.. Tp.. Smpikn keperluan sy.. Spt nak beli bj dan sebginye blh dikira dgn jari.. Mertua sy hanya nak menmbh angka dlm bil dgn membeli aircond..Sy berkorbn resign dan ikut dia blk ke jb.. Serius sy ktkan ustaz..sy menyesal buat tu sume.. Sy nak ddk rumh sndr..dgn fmly sy..tp suami sy seolah2.. Abaikan aje pe yg saya cube untk berbincg dgnnye..alasannya..MAK DIA.. Klu dl ddk menyewa.. Xde timbul issue ini pon..knkp skrg?? Kkddg smpi 1 tahap.. Sy menyamph nak ddk ctu.. Sy tertekn..terasa ati..kck ati..x suke.. Sume ada..mmg dl dia ade ckp yg mak dia nak ddk sekali.. Tp x sangka begini jdnye.. Ms sy ddk menyewa.. Setiap ari seblm dan slps kerja suami akan pergi ke rumh mak nye.. X slh kan klu nak ddk rumh lain.. Sy x fhm la ustaz.. Tlg bg nasiht pd sy ustaz.. Sy rs da x thn..smpi sy bwk dri blk ke rumah makayah sy di kl..berdosa ke sy ustaz menjauhi suami sy sebegini?

    • Irhaz Rihaz says:

      Wslm, sebaiknya wanita menjaga hati suaminya walau apa keadaan sekalipun, sebab syurga pada suami.. melainkan jika mslh yang menyebabkan kita rasa dizalimi dan dinafikan hak, maka boleh dibawa kepada hakim utk memutuskan penyelesaian.. Tentang mslh rumah seeloknya diputuskan oleh suami dan isteri, dan mertua sekadar untuk menasihat atau memberi pandangan yg sewajarnya. Bukanlah menidakkan hak yang ptut diperoleh oleh menantu atas alasan menantu adalah isteri kepada anak lelakinya.. Jadi terangkan sebaiknya kepada suami bahawa puan juga berhak utk memutuskan tetapi mesti dipersetujui oleh suami.. Jika msalah ini berpanjangan bolehlah dibawa kepada perunding untuk berbincang.. Kadang kala suami ssh utk menerima teguran isteri, jika dibawa kepada perunding mungkin suami akan lebih memahami apa yang ingin disampaikan..

  32. hampa says:

    Asslm..klu dsihir oleh mtua bgmana hgga mnyebabkn hampir gila n mnderita sakit xboleh bersetubuh dgn suami.. N slma pnikahan dgn suami hy seorg zuriat kerana tdpt mslh sihir dr mentua… Adekh perlu hormt mentua yg baik ddepn tp dblkg bomohkn kita… Sy selalu mjg solat n mngaji serta bzikir utk mlwn semua kjhtan itu… Tp smenjak akhir2 ini hati sy dh xboleh terima kerana Allah mmberikan sy tahu ttg pbuatan mrk kpd sy..

  33. sayamusykil says:

    Assalamualaikum.. Maaf sy nk tumpang bertanya.. Ada persepsi masyarakat sekarang percaya bahawa ibu bapa mertua tidak digalakkan utk menegur menantu. Khuatir menantu akan terasa hati. Jika anak mereka sendiri pun (si suami),pantang ditegur dan terlalu sayangkan isterinya walaupun isterinya telah menyakiti hati ibu bapanya,jadi salahkah jika si adik ipar menegur kakak iparnya?

    • Irhaz Rihaz says:

      wslm xslh kerana mak ayah mertua ataupun adik bradik ipar dsb adalah manusia yg xlari dri bbuat kesalahan.. Dan harus diingat agama itu adalah membangun atas dasar nasihat menasihati..

  34. Simpletapiserabut says:

    Assalam.
    Sy akan mendirikan rumah tgga dlm 3 bln lg.
    Masalah bermula bila ibu bapa sy da mengajak tgl berdekatan dgn mereka tp bakal suami da merancang nk duduk di negeri kelahiran dia tp bukan sbumbung dgn ibubapanya. Rumah ibu bapa sy n rumah ibu bapa dia hanya negeri yg berseblahan sahaja. Dua2 masing tetap dgn pendirian meeka. Sy tersepit nk ikut ibu bapa sndiri or bakal suami sy nnt lps kwin? Sy nk sgt2 menjaga hati ibu bapa sy dlu tp lps ni sy kne patuh dgn suami.so skrg nk dkt tarikh di mana sy perlu dah merancang tempat tgl kami nnt. Serius sy xtau nk watpe dah ni..btw,Sy satu2 nya ank pmpuan dan sulung

  35. Ujianisteri says:

    Assalamualikum..mohon minta pandangan..sebelum berkahwin saya dah tau dengan sikap mertua..jadi semasa kami berkwn dan belum bertunang lagi saya telah meletakkan syarat bahawa selepas kahwin saya nak duduk asing sbb saya tahu akan byk timbul masalah jika tinggal sekali dgn mertua..serta saya taknak menambahkan dosa aurat saya kerana turut tinggal dengan bapa tiri dan adik ipar lelaki..jika suami tak boleh saya memang taknak kahwin dengan dia.sbb saya taknak bebankan masalah pd suami saya.
    Memang saya nampak jahat tapi sesiapapun tak boleh terima perangai mertua yang suka memperhambakan orang..saya terima suami kerana allah dan suami sgt baik berbanding lelaki lain yg saya kenal..sebelum berkahwin suami dah bersetuju utk berpindah tapi selepas kahwin suami saya masih tak tunaikan janji setelah masuk thn yg ke2..saya sering brgaduh tentang isu ini..memang betul jangkaan saya mertua memang perhambakan saya spt orang gaji..suami pula gagal melindungi saya..alasan suami nak jimat duit padahal saya tau dia mampu..mertua pun sihat dari segi fizikal..saya bukan nak suami buang kelurga dia,cuma saya nak tinggal berasingan..
    saya amat tertekan sekarang..saya sedih..ape yg patut saya buat..dlm hati ni terdetik utk me minta cerai..betul ke tindakan saya?

  36. Assalamu’alaikum..

    Saudara, saya baru dua bulan berkahwin. hubungan kami tiada masalah, syukur pada Allah suami saya suami yang baik dan sangat memahami saya. Masalahnya, mama mertua saya manja. banyak adat budaya yang harus saya ikuti. yang paling saya tidak selesa, baru sebulan kahwin, kami sudah d banding dengan adik bradik suami yg sudah berkahwin. sebab semuanya duduk serumah, kami duduk asing. seolah-olah duduk asing itu satu kesalahan. peralatan masa kawin yg belum habis d simpan juga, d minta saya (pengantin) yang selesaikan. saya jadi serba salah sebab saya ikut suami ke tempat lain kerana suami bekerja. saya bertambah keliru bila mama mertua saya menangis-nangis marahkan suami saya kerana saya tidak tinggal dgn mertua. sedangkan suami saya ada rumah d tempat dia kerja. kalau mertua tinggal sendiri, saya consider utk tinggal dgn mertua untuk menjaga mereka. tapi d rumah itu ramai adik beradik suami tinggal serumah. lagi 1, kalau saya dan suami mahu bercuti dan berjalan-jalan, kami harus memberitahu mertua 2 3 hari sebelum jalan, dan menyapa membawanya jalan bersama. walaupun itu d kira kesantunan, saya tidak pandai mengajak-ajak ayam. d awal kahwin ini saya mahukan masa privacy bersama suami. kalau mertua ada, macam mana saya mahu bermanja memeluk mesra suami saya? kalau saya ikut cakap mertua, saya terpaksa abaikan tanggungjawab saya pada suami, kalau saya ikut suami, seolah-olah suami saya derhaka kepada ibunya. saya rasa mahu bercerai dengan suami saya kerana tidak tahan dengan situasi ini tapi saya terlalu sayangkan suami saya yg banyak berkorban dan sangat menyayangi saya. apa harus saya buat, saya rasa mahu gila.

  37. Sushie says:

    Assalamualaikum… Saya ingin bertanya apakah hukumnya seorang isteri yang menyimpan perasaan tidak suka/negatif terhadap adik-adik ipar (bukan emak atau bapa mertua ya) yang sering memberi kesusahan kepada suaminya iaitu abang mereka? Apakah pula hukumnya suami yang melebihkan adik-adiknya daripada isteri dan anaknya sendiri? Saya mohon penjelasan sebab selalunya yang diperkatakan tentang isteri vs mertua.

  38. Lelahnyajiwaku says:

    Assalamualaikum…
    Sy baru sahaja berpindah dan tinggal bersama mertua atas kehendak suami…masalahnya suami sy tidak dapat bekerja kerana masalah kesihatan. Semenjak tinggal bersama mertua sy rasakan semua tanggungjawab telah dibebankan kepada sy. Sy terpaksa menyara keluarga saya dan mertua juga sudah tidak membeli keperluan kerana mengharapkan saya menyediakan semuanya sedangkan mereka mempunyai pendapatan sendiri. Di samping itu saya byk mengeluarkan perbelanjaan ubat-ubatan dan rawatan suami sy.Ini membuatkan sy sgt2 tertekan.

    Mertua juga campur tangan dalam hal mendidik anak. Mereka terlalu memanjakan dan menurut kemahuan anak sy sehingga anka sudah tidak mahu mendengar ckp sy lg. Anak jd malas ke sekolah dan mereka tidak berusaha membantu sy memujuk anak sebaliknya memihak kpd anak itu. Anak sy seorang perempuan berumur 5 tahun tetapi selalu diajar tidak berpakaian di rumah dan adakalanya bapa mertua membawa anak berjalan2 tanpa berpakaian. Apabila sy memakaikan baju, mereka akan membukanya dan menjadikan perbuatan itu gurauan dan permainan yg tak dpt diterima akal. Skrg anak sy enggan memakai baju atas alasan panas dan mrk hanya tertawa. Anak juga diajar berbohong kpd sy, sbg cth sy tidak membenarkan anak membeli jajan yg memudaratkannya tetapi dia dibawa ke kedai dan diberi makan dikedai. Apabila pulang dia diajar supaya memberitahu sy dia x mkn apa2 pun sedangkan sy nmpk kesan2 di mulutnya. Sy amat sedih dengan keadaan ini krn seolah2 sy tidak dpt melindungi anak sy sendiri.

    Mertua juga sgt cerewet, memandangkan sy bekerja dan mempunyai bayi berumur 4 bln kdg2 balik kerja sy tidak sempat mmbantu di dapur krn melayan bayi dan menyusukannya. Mertua bising sy tidak membantu di dapur sedangkan pd setiap hari sy menyiapkan sarapan walaupun kdg smbil mendukung bayi dan pd hari cuti sy selalu membantu. Tetapi mertua nak sy sentiasa ada di dapur sepjg berada di rumah. Jd skrg balik kerja sy tidak dpt mempedulikan anak sy sebaliknya terus membuat kerja2 rumah sehingga mrk masuk tidur baru sy dapat berehat dan saya juga terpaksa berhenti menyusu bayi krn tiada ms utknya. Kdg2 sy terpaksa lewatkan solat krn mertua selalu menjenguk ke dlm blik utk memastikan sy membuat krja rumah spt melipat kain baju dsbnya. Saya rs amat letih dan penat seharian krn di waktu mlm terpaksa berjaga byk kali utk membancuh susu anak dan juga menjaga keperluan suami yg sakit.

    Sy sudah berbincang dgn suami tetapi beliau hanya minta sy bersabar. Sy rs amat2 dizalimi dan dianiayai.

  39. zul says:

    Salam…

    Saya sudah hampir 10 tahun berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak.

    Masalah yang saya hadapi ialah mengenai isteri saya yang dari dahulu lagi saya perhatikan seperti dingin dgn kedua2 ibu bapa saya…

    Senyum dah tentu jarang sekali, bercakap atau bersembang dgn ibu bapa saya jauh sekali, nak jemput makan pun jgn harapla…

    Yang buat saya rasa terkilan ialah apabila ibu saya sendiri bersuara (setelah sekian lama dia pendam) dan bertanya yg isteri saya x suka ke dgn mereka berdua?

    Perkara ni betul2 buat saya rasa malu dan marah betul dengan isteri saya, bila ditanya macam2 jawapan penafian dan dia xkan mengaku akan kesalahan dia…

    Saya betul2 dah bosan sampai terlintas nak berpisah dengan isteri saya yg degil, ego dan sewaktu dgnyya…

    Apa yg patut atau perlu saya lakukan? Prinsip saya ialah Syurga sentiasa berada di bawah tapak kaki ibu…

    Kepada isteri2 yg berada di luar sana jgn sekali2 buat perkara begini terhadap mertua anda kerana balasan akan tiba bila anda dapat menantu lagi…

    Terima kasih

    • xbernama says:

      Salam….maaf kerana mencelah, saya rasa ada baiknye En selidik dahulu perkara sebenar.. mungkin ada sebab kenapa isteri encik berperangai begitu…kadang kala walaupon ibupada saudara lebih tua,xsemestinya semua betul..mungkin ada perlakuan ibubapa saudara yang telah mengguris hati isteri….-skdar pandangan-

  40. arie says:

    assalamualaikum, masalah saya ialah,mertua gemar menceritakan perihal saya dan isteri apabila kami balik kg kepada kakak ipar dan abg ipar saya. dan jika ada apa je kesalahan atau perkara yg kami lakukan nampak salah bagi mereka , mereka terus memarahi isteri saya . kadang2 perkara kecil pun nk dibesarkan. masalahnya berhakkah mereka berbuat demikian, atau layakkah mereka nk egarahkan isteri saya itu ini tanpa memberitahu saya dahulu.

  41. aini says:

    Asalamu alaikum wr,wb
    sedikit curahan hati saya mengenai suami terhadap orang tua saya,mungkin di dalam hukum agama kita sebagai istri memberikan uang terhadap org tua tanpa seizin suami itu dilarang namun aku sllu meminta izin untuk meminta uang yg tidak seberapa nilainya itupun alasannya karna orang tua sakit, kebetulan orang tua ku bgtu mengerti yg tak pernah meminta namun apa salahya aku ingin berbakti tetapi efek dari pemberian itu smua sllu berakir dengan pertengkaran dlm rumah tangga kami , dan yang lebih sakit kata2 yang suami sya lontarkan bahwa seorang menantu itu tidak ada hak untuk memberi kepada mertua apalagi orang tua sya yang mengasuh anak2 nya apakah pantas balasan seorang menantu seperti itu

  42. sayayangmusykil says:

    assalamualikum..saya ingin bertanya berkenaan aurat menantu perempuan yang menjaga bapa mertua yg sakit (uzur) spt memandikannya..adakah dlm islam dibolehkan untuk menjaga bapa mertua yg sakit kerana suami bekerja jauh dan hanya seminggu sekali sahaja pulang..

    • Irhaz Rihaz says:

      Waalaikummussalam.. Hubungan mertua dengan menantu xkan putus sampai bila2.. Sebab tu bila bercerai, tiada istilah bekas mertua atau bekas menantu.. Sebab itu, kna jaga ibu bapa mertua n hormat mereka mcm ibu bapa sendiri.. Jadi, dalam agama x slah isteri menjaga mertua, malah itulah menantu yang baik.. Wallahua’lam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s